Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Saturday, 10 December 2016

SEARCH, AND YOU WILL FIND

Bila kita cari sebab untuk kita tak happy, kita akan jumpa. InsyaAllah tak susah nak jumpa sebab kita selalu nak macam-macam dalam dunia ni. Dunia yang sementara dan kita tau kita akan mati tapi still, rasa macam banyak sangat kita nak capai dalam hidup kat sini. Situasi ni especially untuk yang menaip ni la. Harapnya post ni lebih banyak menyedarkan dan memanfaatkan orang yang menulis daripada yang membaca.

Yelah, sebelum nak betul kan orang kena betul kan diri dulu kan? But in this case, actually aku harap lagi senang nak jadi baik bila ajak ramai orang buat perkara baik.
sebelum tidur ni nak review hari ni dan belajar bersyukur.

Sebab kalau aku nak renungkan kelam kabut hari ni sebab takde orang nak jaga Sara, lepas tu kena batalkan appointment dengan client dan ibu pulak tetiba tak sihat, apa yang akan aku dapat? Husband pulak balik bukan malam tadi but tomorrow. What happened has happened. Semua tu di luar kawalan aku pun.

Jadi yang boleh aku buat is pilih nak fikir kat apa and be grateful for positive things so I will attract more positivity towards myself.

Walaupun tetiba takde orang jaga Sara, aku dapat jaga dia sendiri Sambil contact2 Zafira untuk remind dan review kerja-kerja kat Ofis, sebab aku bekerja sendiri dan pejabat pun dekat. Alhamdulillah.

Walaupun ibu tetiba sakit dan merisaukan, tapi aku dapat peluang jaga dia dan dia bukan sakit masa dia sensorang kat rumah ni. Tak sihat tu pun satu jalan Allah bagi supaya dia kena jugak rehat dan masa ni lah nak manja-manja dengan anak perempuan sendiri. Kalau tak, keje nak maaaaasak je mak aku ni. Then petang tadi dia dah ok. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Walaupun kena batalkan appointment, the client is very understanding. Memula fikir, rugi tak? Sebab let go job yang nak bawak income masuk. And then aku fikir-fikir, dah kalau Allah susun macam tu maknanya tu lah yang terbaik. Meaning i wasn't supposed to have that meeting today at the first place. HE knows best for me. Alhamdulillah.

Husband not here tonight but for that, i manage to cook Special for him bila dia sampai je esok! And also spent time with my children. Adik tidur dekat pukul 10 jugak lepas ditepuk ibu dia ni. Then buat project Ice cream popsicle and ice cream Malaysia dengan kakak. Suka nya Sufi bila buat home project time cuti dengan ibu.

I have so many blessings to look into. Aku percaya kita semua ada perkara yang kita boleh rasa bersyukur dan buat kita gembira.

Kita cuma perlu CARI je. Kita akan jumpa.

LS

Monday, 19 September 2016

Rutin baru sebelum buah hati ku tidur

We have this pre-sleep routine every night since she can speak. So by now Sufi know by heart what to do and recites before sleep. It's a matter of time for Sara to follow along :)

Lepas minum susu, gosok gigi and then she'll go to pee. Then drink a glass of plain water and finally recites these Surah/Doa sebelum baring tidur:-
1- ayatul Qursi
2- Al-Kafirun
3- Al-ikhlas
4- Al-Falaq
5- Al-Nas
6- Al-Fatihah
7- Doa nak tidur
8- Syahadah (mengucap) dan maknanya
9- Salawat x 3 times
7- the 7 Bismillah
and then she'll salam us ibu ayah and minta maaf from us if there's any wrong thing she did that day and we also apologize to her if there's any way we taught her that hurt her feelings. Finally we'll give her big tight hug + kisses and tell her we love her so much and how amazing she is to us before she sleeps.
Bukan senang nak get her to always tag along doing that thing we called "adab tidur". Orang tua pun kadang malas nak baca those on the list and rather terus berdengkur, inikan pulak kanak-kanak. So there were times we try to understand and tolerate when she's really tired like nak angkat mata pun tak larat so she'll just baca doa sebelum tidur tu and mengucap. Sometimes she gets to Salawat before doze off. I really want her to understand the reason we're doing it, the benefits and i want her to love doing it. Like it's gonna be a routine coming from her heart. InsyaAllah.

Recently secara tak sengaja i watched this Robin Sharma's YouTube video. Then i fell in love with his ideas and teaching. Later on, I've watched his podcasts as well. So antara idea-ideanya yang sangat menginspirasikan tu, dia ada sembang pasal tips macamana nak besarkan anak-anak yang hebat dan turut berkongsi script yang "dimantrakan" dengan anak-anak beliau setiap malam in bedtime iaitu
1- whatever you do, do it well
2- whatever you want to be, be it 
3- Never give up
4- Always remember how much Daddy loves you
I know how important the seeds of words that we plant into our children's ears (mind) waktu diaorang nak tidur. Even bila mereka dalam keadaan mengantuk pun bagus kita sebut dan doa yang baik-baik sebab ianya akan masuk ke subconscious mind mereka.

Jadi malam ni aku dah tambah rutin baru sebelum tidur dengan Sufi setelah terinspirasi oleh podcast Robin Sharma tu. Skrip tu aku ubah sikit but no less beneficial:
1- Sentiasa ingat yang Allah ada dengan kita, nampak apa kita buat dan sayang kita.
2- Apa pun yang kita buat, buat dengan sungguh-sungguh.
3- Apa sahaja yang kita nak jadi atau capai asalkan perkara baik, kita mesti boleh jadi dan dapat.
4- Jangan putus asa.
5- Sentiasa ingat yang ibu dan ayah sayang sangat-sangat kat Sufi.
Then after that ajak dia ingat + sebut apa 3 perkara best hari ni yang buat dia happy dan berterima kasih kat Allah. Nak tanam habit sentiasa bersyukur.

Mesti hasilnya baik kalau dapat tanam skrip kat atas ni kat hati dan dalam diri dia dan buat dia pegang perkara tu sampai bila-bila. Ameen..

Now dia dah tidur nyenyak. Sara pun sama.
And during moment like this memang perasaan dalam hati tu bercampur time tengok muka diaorang yang tengah nyenyak tidur. Muka yang suci tanpa dosa. Muka kepenatan lepas "kembara-kembara kecil" diaorang waktu siang. Rasa sayang sangat-sangat kat anak-anak ni. Rasa bersyukur bertuah ada anak-anak kat sebelah kita. Kalau siang tu ada marah dia, mulalah rasa macam kesiannyaaa lah kat dia kena marah tadi. Lepas tu rasa nak kerja kuat lagi untuk bahagiakan diaorang. Tak nak bagi diaorang sedih, sakit atau susah. Itu memang perasaan semua mak-mak yang tenung-tenung muka anak dia time anak dia tidur kan?
Yang petah & bijak bombarding us with her "why, what, how' questions and now mostly 'can i?'

Thursday, 19 May 2016

IBU-IBU

Bismillah..

Aku kagum dengan ibu-ibu bekerjaya 8 to 5 yang masih dapat sediakan makan minum bekal suami dan anak-anak ke sekolah ke tempat kerja. Ada ke? Macam Intan kawan sekolah rendah tu, nampak kat Instagram dia. Macam Lia, isteri Aman. Ibu cerita rajin masak pepagi untuk makan sama-sama dan bekal kan suami. Kagum.

Aku? Huhu.. takde kesempatan untuk itu. Lebih kepada takde kudrat sebenarnya. Bangun subuh dengan mata macam ada gam UHU lagi.. dapat sediakan sarapan untuk Sufi once in a while pun dah syukur. Selebihnya.. nenek dia lah yang rajin masak nasi goreng la cekodok la roti goreng la.. Kalau ibu Sufi ni?? koko crunch atau rolled oat je lah anakku. Atau style ibu, Herbalife shake je la daily. Nasib baik Sufi suka. Cuma dia demand sikit.. nak blend dengan ice cube, nak strawberry nak letak yogurt.. itu ini, penyudahnya, agak leceh juga. That's why la aku kata, dapat sediakan sarapan dia dah kira champion la kita. Mana nak attend Sara nya lagi, nak loading barang kat kereta lagi, sebelum keluar rumah lagi sekali bf Sara make sure she doesn't get hungry in the journey.. Jadi mungkin juga satu rahmat yang aku sekarang takde keperluan untuk masakkan bekal suami ke tempat kerja setiap hari sebab dia tiada di sini. Mungkin kalau dia ada, aku struggle juga nak bancuh nescafe setiap pagi. Ampun Bang.. ;) I mean i will struggle to bancuh Nescafe yang sedap. Bukan struggle susah nak buatkan air. Hehe..

Nasi Goreng Kunyit Daging
(Gambar throwback sesaje untuk buat orang lapar)

Aku pun kagum dengan working mom that could keep up with the fashion and fashionably attend their kids. Like dalam instagram dukung anak kecik, lepas tu sebelah tangan pimpin 2 anak besar, dengan high heels and shawl lilit-lilit lip lap and status dia be like "penat berjalan seharian shopping but when kids are happy, mommy also happy". Seriously? You don't look tired woman. Nampak baru siap2 nak keluar rumah coz semua cantik terletak and bergaya. Macam RCW, macam erra fazirra macam kawan aku Aisyah..

If it's me? Flat shoe tu dah kira ok la tu dari flip flop kot. And my saviour will be tudung bawal, my all time favourite. Ber'shawl' gaya muslimah di runaway mungkin la dapat sesekali kalau ke pejabat atau meeting tanpa anak-anak. Tapi kalau dengan si comel di kiri kanan ku, i won't be as terurus as them hot mamah. Like realistically, Sara will pull my tudung or spill her saliva on it. Comel kan? Sufi pulak kalau berjalan still nak ibu ada and nak makan nak minum semua nak ibu bukak kan or teman. I don't have 'me' time when i'm with them.

And wow! to those yang so discipline dapat berblogging. Boleh baca post dia setiap minggu macam pretty mom si Vivy Yusof yang turut bekerjaya. Bila diaorang ada masa nak menulis semua ni? Waktu malam ke? Bukan time anak-anak tidur tu masa untuk curi-curi rehat juga ke? Sambil lipat kain? Sambil gosok baju? Sambil pam susu? Sambil cek buku kerja rumah anak-anak? And sambil packing beg sekolah anak / baju anak untuk baby sitter? Layan suami? Bedtime story untuk anak? Ishh bila dieorang ada masa menulis ni?? I'm writing this post actually when my client didn't turn up. I can't schedule my writing. I just can't.

And what's up with ibu beranak 2, 3, 5 dan even 6 yang masih kelihatan seperti anak dara tu?!! Aku stress kalau cakap pasal ni. Semua orang tau kot aku takut gemuk? Tapi bila anak dah dua ni macam nak mula belajar pasrah. Oh No. Belum la kot.. belum mengalah. Cuma dah lama menangguhkan diri untuk mengamalkan senaman hari-hari. Bila masa nya nak bersenam sambil menari? Camne nak angkat badan kalau kelopak mata pun selalu berat nak angkat? Sara masih bangun 3 kali or more setiap malam untuk menyusu. So my azam untuk bangun sebelum pukul 5 nak subuh awal dan bersenam kat hall memang selalu terkubur. Bangun pun dah kelam kabut kejar subuh pastu dah kena kejut and attend si kakak bersiap nak ke kindie. So there's my "esok je la exercise" excuse. Dapat seminggu sekali tu kira kejayaan la. Lagipun cuaca sekarang panas sangat. Jadi salah aku ke kalau aku cuma nak swimming je. Tapi kena la tunggu ada kolam renang kat rumah ni? Haih! nampak tak alasan bertingkat-tingkat kat situ?

Rasanya ramai yang tau baru-baru ni tengah boom program Tahfiz Muda kat Astro Oasis and Maya HD. Sampai Sufi pun berangan nak jadi Hafizah. Sedihnya dengar angan-angan dia yang suci tu. Sebagai ibu, aku selalu doakan yang terbaik dan semestinya aku bangga dengar cita-cita dia. Tapi tak dapat tahan sayu bila tengok rancangan tu. Mungkin orang lain sebak tengok anak-anak kecil dan hafaz Al-Quran dan mengalunkannya lagi merdu dari kita orang dewasa. Tapi aku sayu sebab kagum dengan ibu kepada para tahfiz muda tu. Yelah kalau anak dah sehebat tu, dah tentu lah ibu dia tu pun orang yang hebat & baik. Aku kagum pada dieorang. Pada ibu-ibu yang didik anak seawal bayi untuk kenal Pencipta kita, kena Rasul dan sayangkan Al-Quran. Bukan setakat tau je tau, tapi like really love love their Rasulullah and always relate whatever they do to please Allah. Apatah lagi yang ajar anak menghargai ibu ayah. Macam Ayu dengan anak-anak dia. Macam Kak Wardina. Malu pulak pada diri sendiri. Sebab masih ketinggalan bab ni. Jauh lagi..

Dalam susana sibuk orang meraikan hari ibu, aku berfikir, sejauh mana aku akan diraikan oleh anak- anak ku. Aku kagum dengan ibu-ibu di sekeliling aku. Rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak kesayangan.Tapi tak sepatutnya aku bersedih dengan kekurangan sebagai seorang manusia. Sebab yang terlalu kenal dengan keburukan dan kekurangan diri, masih lagi meminjamkan aku dua orang manusia yang aku panggil anak. Dia yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Sayangnya Dia pada aku ni. Jadi tak mungkin Allah pinjamkan anak-anak kesayangan aku ni atas sebab sia-sia. Mesti untuk tengok kita jadi labih baik setiap hari.



Semoga Allah membantu aku dan kita semua ibu untuk sentiasa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita. Mendapat kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak untuk jadi manusia yang bermanfaat & disayangi penciptanya.

Dan semoga Allah merahmati ibu yang membesarkan aku dan masih bersama membantu aku mendidik anak-anak ku. Sebagaimana dia menyayangiku aku tahu pasti Allah sangat sayangkan perempuan yang terlalu sabar dan baik itu. Ya Allah, syurga lah tempat ibu ku nanti. Jadikanlah aku anak yang sentiasa berbakti dan mengenang jasa ibu bapa, sebagaimana doaku untuk anak-anak aku nanti. Ameen..

LS

Thursday, 21 January 2016

44, 60, 100

What's with the numbers? It's actually countdowns to my pantang day.

I religiously stick to my pantang dos and donts during my time with Sufi. But now after Sara, i realised those excuses i heard from other mommies makes sense. It's not really excuse but we're just.. let me just say we're more occupied. Bukan malas ok?

Yelah imagine je la..dulu anak sorang. You can curi ikat bengkung when your newborn's sleeping. Your mom get ready all those jamu and confinement food for you and you took ALL coz you still have no idea what are this and that really for and whether it really works. But the second time around or thereafter.. how to take care of yourself explicitly if your firstborn sikit-sikit "ibu nak ni.." "ibu nak tu.." and there your little baby crying and then you need to pump your milk for stocks.. so there goes your strict pantang. And then you know la this food and that jamu kalau tak makan pun tak de lah effect sangat.

Dapat pakai bengkung 44 hari and then makan jamu tu kira Alhamdulillah la. 
I didn't really do the bertungku and bertangas that much.

I Think it still ok to congratulate myself though coz despite all the temptation and the laziness busyness , i stick to the healthy diet, berbengkung and eating all the supplement for 44 days. After that 44 days, i just wear corset and continue simple diet because Sara working has kept me busier than ever. 

I started my work immediately after 44 days as i promised my husband. Kalau ikutkan hati nak masuk office lepas 30 hari coz it felt too long already and i worried for work that piling up. I know my husband means well to ask me to really rest (by resting he means duduk rehat makan tido jaga diri jaga baby indoor sahaja) but..work is waiting for me, Client juga dah mula whatsapp nak buat appointment. Online discussion is always not enough for them and i agree with that.

Now i have yet to reach my 60th day of Pantang. My midwife says if i can stick to wear the bengkung or the corset for 60 days, it will be great for my booty body ;). Ok so i'm working on it.

"Dah slim la balik, puan" my staff responded when i told her "saya dah sihat cuma belum kurus balik"

"Wah! dah slim,,!" kata ramai nurse kat Hospital masa bawak Sara check up lepas sebulan.

"Amboi kurusnya.." kata one of my client  when she came to my office last week.'

hahahaha sounds so soothing. Ok lah made me happy a bit tapi i'm still far from my target. Those nurses, my staff and my client, they didn't know me back in 2013. So they don't see how i was and understand what 'slim' actually is to me.

And what's with that 100 days of pantang?
That one i have to salute my hubby. Not just my outer but he take my inner health so seriously.

I would love to write longer but mommy-work is calling. Gotta go.



Sunday, 27 December 2015

My Firstborn

Our Sufi Liyana.
She's turning 6 yrs next year. Tak tau la ni semua memang rasa yang dialami semua ibu-ibu yang akan menambah anak kedua, atau it's just me?

Sebelum Sara lahir, memang rasa sayu selalu tengok Sufi. Towards the end of pregnancy lagi la.. was thinking whether I can love her as much as that time when new baby arrived? How will I divide my attention? How will I distribute my time for her and her new little sister? So obvious rasa sayang yang menebal kat Sufi time tu. Especially because her father's away so we spent most days together. We did a lot of things together, just the two of us- mother and daughter.
And being the only child memang dia sangat manja. But she also very sweet girl yang pandai sangat ambil hati ibu ayah. Always make us at ease.. happy and content with her attitude and character. And the fact that she was so close with me..We never even sleep apart for just one night. I told her in advance what to expect when her sister arrived.
"Sufi dah tak boleh request ibu suap sufi makan selalu. Sufi dah besar. Kena berdikari. Makan sendiri macam kat sekolah." - yes dah besar camtu pun selalu request ibu suap dia makan. When I'm not working, layan kan aje. When asked kenapa tanak makan sendiri? She said sebab nak manja-manja dengan ibu.
"Nanti ibu kena dulu kan adik. Kalau Sufi ajak ibu main-main dengan Sufi, mungkin ibu tak sempat masa tu sebab adik tengah menangis ke.. nak susu ke.. nak kena tukar pampers ke.. Sufi kena mengalah ye? Sufi kakak yang baik, Sufi pandai sabar tapi adik baby lagi adik tak tau apa-apa jadi kalau adik menangis ibu kena attend adik cepat-cepat time tu jugak. Faham tak Sayang? " selalu dia akan angguk-angguk.  Lebih selalu lagi dia akan cakap hmm..ok and terus membebel tokok tambah and ulang balik semua yang kita inform dia. Dengan confident kata dia akan tolong ibu jaga adik.
I also tried to set her mind to be ready during my confinement that she will have to be with her father most of the time.
"Kalau nak apa-apa Sufi ajak ayah.. mintak ayah ye. Ibu tak sihat nanti dalam pantang ibu kena banyak rehat. Banyak duduk dengan adik je. Tapi bukan ibu tak sayang Sufi tau? Cuma ibu kena rehat sampai ibu sihat balik, baru boleh main-main dengan Sufi. Nanti mungkin jugak ibu kena tidur kat hospital tapi sekejap je ibu dah balik. Sayang tidur dengan ayah ye?"
Part bermalam kat hospital tu mesti dia akan menangis. Cakap tak nak ibu tidur hospital. Siapa nak tidur dengan dia? Ok ayah ada tapi dia mesti nak ibu juga ada. Haih memang susah sikit nak explain part tu. Kami tak pernah berenggang. Even I myself feel hard to imagine that moment apart from her. That's why selalu remind Sufi sama-sama berdoa supaya I get to deliver my baby normal (vb) and that me and baby are well so kiteorang akan discharge awal balik rumah. And Alhamdulillah dimakbulkan Allah. I just spent one night at the hospital.

When I went to the labour unit untuk cek dilation sebab sakit 8 minutes apart, Sufi masih nyenyak tidur. Sebelum subuh dah sampai hospital. And I phoned her at 9 am after I have been told to "check in" ke ward.
"Ibu, adik dah keluar ke?"
"Belum lagi la sayang. Kalau dah keluar ibu tak call camni. Mesti ayah yang bagitau. Ibu kat hospital ni.."
"Ibu, ibu tengah meneran ke?"
Hahaha.. I was laughing first and when I replied few moms around me also smile sebab dengar jawapan kat soalan Sufi tu..
"Tak lah. Kalau ibu tengah meneran mana boleh cakap telefon"
I told her that her sister will arrive soon and just to keep praying for us to be well and everything going smoothly.

Sufi, she's always be our baby. Buah hati ayah and ibu. Yang manja dan selalu sejukkan hati. Sentiasa happy and ceria. Garang sikit and kalau marah cepat cool balik. Pandai menjawab pandai juga tanya soalan-soalan hebat. Banyak cakap.. bijak dan selalu buat kiteorang tersenyap kalau dia komen pasal sesuatu isu tu. Kena hati-hati kalau nak nasihatkan dia atau ajar dia sebab kalau kita lupa dia akan nasihatkan kita balik. Yang rajin.. yang suka tolong ibu memasak..yang suka bersilat taekwando dengan ayah walaupun dia sangat girly suka bergaya melawa and berangan. Yang kena paksa untuk buat latihan sekolah..untuk mengaji tapi sebenarnya cepat menghafal dan cerdik. Yang selalu doa baik-baik untuk ibu ayah lepas solatnya.
Alahai Sufi.. betapa ayah dan ibu bertuah sangat dipinjamkan anak macam Sufi.
Bila Sara lahir terus my firstborn ni nampak dewasa sangat. Nampak kakak-kakak sangat. Mungkin sebab dah ada sorang baby in the same room, she looks grown up. I was emotional that 2-3 days lepas balik dari hospital senang sangat menangis bila tengok dia main sorang-sorang. Menitik air mata tak tau nak explain kenapa and apa yang dirasa. I told my husband when he asked, "maybe sebab selama ni kita dengan dia sorang je. Dia dapat semua attention kita.. everything I berdua je dengan dia.. lepas ni dah lain"
And being a soother he always is he said "semua yang berlaku sekarang ni kan perkara baik? Kita bukan akan abaikan dia. Kan dia pun nak adik..and dia happy sangat tu. Kita akan sayang dia tetap macam dulu"

Memang Sufi happy. And memang dia penyayang sangat. Syukur Alhamdulillah. Tak pernah jealous dengan adik. Adik nangis malam-malam dia bangun sebab kesian tengok adik, nak tolong ibu ayah jaga adik and always nak kiss hug adik sampai ibu ayah ngeri sebab dia belum pandai agak lagi nak peluk/pegang adik kuat macamana. She was full of love for her sister.
And we love her more since.
Kalau Sufi baca apa yang ibu tulis ni, ibu nak Sufi tahu dan ingat selalu, ibu dan ayah sentiasa sayang Sufi. Sayang sangat-sangat. Sufi istimewa. Sufi anak yang baik. Yang sentiasa buat ibu ayah bahagia. Dari hari pertama Sufi lahir, ibu dan ayah sentiasa bangga dan hargai Sufi. Kami jadi lebih baik dengan adanya Sufi dalam hidup kami. Sebab Allah bagi anak yang hebat macam Sufi untuk ibu ayah belajar jadi ibu ayah yang hebat juga. Jadilah diri Sufi Selamanya dan hamba Allah yang bertakwa. Sebab diri Sufi cukup istimewa pada ibu, ayah dan adik Sara.
Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam Sufi lahir dari rahim ibu. Yang comel gebu tu. Lagi setahun je dah nak masuk darjah satu. Dah besar dah anak ayah ibu.
My Firstborn, ibu will always always love you.

Wednesday, 16 December 2015

Kisah-kisah yang tersayang

I'm currently on confinement. Orang kata pantang 30 hari atau 40 hari atau 44 hari. Suami kata ikut macam anak pertama, pantang luaran 44 hari. Pantang dalaman 100 hari. Ha gitu.

Syukur Alhamdulillah sebab ditemani dua buah hati (Suami & Sufi comel) yang banyak membantu menguruskan buah hati baru, cik Sara. 

Dalam pada si Sayang-Sayang ni menemankan, ada la soalan-soalan yang kekadang tak sure (read: tak kuasa) nak jawab. Tapi tulah penghibur. Dalam dugaan nak berpantang sambil bekerja dari rumah, dua orang ni la yang menghiburkan walaupun kadang-kadang dalam hati kena sabar juga. Heh.


PERUT MENGEMPIS. 
On the first week after I gave birth to Sara, suami perasan keadaan perut,
"Dah kecik la...! " that time I was busy applying the multiple cream sebelum pakai barut dan bengkung.
He was referring to my then ballooned tummy. Yelah lepas Sara dilahirkan, of course perut masih nampak macam belon..lembik..tapi besar juga. Lepas 3-4 hari dia tengok dah obvious mengecut. He was sincere masa buat komen tu.
And then he asked "mana 'dia' pergi ek?"
'Dia' is actually referring to the Rahim.

I explained that Rahim perempuan akan mengecut dan kembali semula ke tempatnya (tempat yg sepatutnya dalam sistem pembiakan).  Dan akan mengecut lebih cepat/baik bila ia terletak kat tempat asalnya & kalau menyusukan anak lebih membantu pengecutan.That's why masa bf Sara I felt the contraction which is part of the process of the uterus to shrink back to it's original size. SubhanAllah.. Allahuakbar, betapa besarnya kuasa Allah kan? Rahim yang kecil sangat menurut my bidan kesayangan, bersaiz duit syiling 50sen camtu.. mengembang untuk menampung baby kita and after that mengecut semula ke bentuk asal. Dan begitulah dia akan ulang semula proses yang sama bila kita mengandung lagi. Provided kita jaga betul-betul.
"Ye ke? Mengecik balik jadi camtu eh?" Suami ku melayan penerangan isteri yang masa tu kononnya doktor pakar perbidanan. Apa yang aku explain tu benda-benda yang aku baca dengan apa yang Mak Yah (bidan) share masa mengurut. I also told him that berurut sangat-sangat membantu sebab I can feel badan cepat ringan (angin keluar dari badan), urat-urat dan sendi yang lesu/sakit semua semakin baik and of course, perut cepat kempis. Biiznillah.

TILAM KEKABU
This week we ordered baby cot for Sara. Sufi punya katil dah selamat bagi orang. Boleh kata semua barang time Sufi dah disedekahkan sebab that time me and hubby not sure nak anak lagi ke tak dan "entah bila lah nak ada baby lagi maybe tak nak lagi kot" ha lebih kurang cam gitu la kami rasa. So bila baby comel tiba sekarang, kenalah keluar duit semula 

I told hubby to get tilam kekabu untuk baby sebab lagi selesa. So we have to choose the design for the mattress before paying for the order. Seperti biasa si kakak la yang paling sibuk nak memilih. Semua dia kata tak nak/tak cantik dan nak ikut taste dia sampai that statement came out from my mouth
"yang nak tidur kat tilam ni Sara kan? Ni tilam Sara..jadi kenapa Sufi yang sibuk-sibuk complain tak cantik dan tak nak ni? Siapa punya ni sampai Sufi pulak yang kata tak nak?"
Memang aku saje je nak uji dia jawab apa sebab dah dapat baca dia mesti ada nak menjawab.

"Ye..Sufi tau tu tilam Sara tapi Sufi tolong pilihkan. Ok, tu tilam Sara tapi kenapa ibu dengan ayah sibuk-sibuk boleh pilihkan pulak?" 
Kan dah kata dia ada jawapan?

"Sebab ibu dengan ayah, kan ibu ayah Sara"
(Provocation)

"Macam tu Sufi pun boleh pilih la sebab Sufi kakak dia"
And terus my hubby buat statement suruh kiteorang bertiga sama-sama pilih. Konon nak menyelamatkan keadaan tapi sebenarnya malas nak dengar dialog jawab menjawab antara ibu dan anak perempuan. Hihi.

BENGKUNG 44 HARI
"Ibu buat ape tu?"
"Ibu nak pakai balik bengkung ni la sebelum tidur. Tadi kan ibu pergi toilet"

"Sebenarnya berapa lama nak kena pakai bengkung ni Sayang?"
"Abang, kan Abang kata I pantang 44 hari? I nak pilih 30 hari kali ni Abang kata stick to 44 hari jadi at least 44 hari le I kena pakai bengkung ni"
"Sebenarnya pakai bengkung ni untuk apa?"
"La..! Untuk bentuk balik badan la. Nak kempiskan perut. Nak cantikkan badan. Orang jaga badan nak cantik untuk suami. Pelik la..ada orang yang tak sibuk jaga, berpantang untuk suami, suami dia merungut isteri tak pandai jaga badan. Yang ni isteri sibuk nak jaga untuk suami, suami pulak mengeluh "eeii ! Sibuk nak kurus!" Kan? "
Dah terkena dia kat situ. Hehe.

Tak faham. Kadang bila tengok aku berbengkung atau sibuk makan jamu, sapu cream dia sibuk kata aku sibuk nak kurus. Padahal itulah normal orang nak jaga badan lepas bersalin. Kalau dapat kembali ke asal sebelum mengandung Alhamdulillah. Tapi berapa peratus je wanita yang memang dapat kembali ke sediakala? Mesti ada perubahan pada badan. Mesti. Tak banyak, sikit mesti ada. 
Tulah pengorbanan seorang isteri & ibu yang nampak di luaran.

Oklah. Baby dah bangun. Nak bagi susu. Sambung lain kali.

Sunday, 6 December 2015

Assalamualaikum Sara

Alhamdulillah.
So blessed. Allah sangat pemurah dan penyayang. Ada ujian sikit-sikit masa mengandung tapi diberi kemudahan kesenangan & keselamatan masa melahirkan.
Prosesnya mudah walaupun sakitnya..MasyaAllah. 

On 28th November 2015, we have our second daughter, addition of Love to our little family and Sufi have her dream come true. Dapat kawan nak main masak-masak and pondok-pondok. Mesti comel dieorang nanti. Hihi..
Entah bila sempat nak berblog pasal pengalaman mengandung dan bersalin kan anak kedua sambil interframe cerita anak pertama. InsyaAllah kalau boleh dapatlah nak rekodkan semua so Sufi dan adiknya boleh la baca one day nanti.
Thank you Allah for giving us this gift. Doakan kami menjalankan dan mendidik amanah nya ini dengan baik.
Memang menangis kenangkan pemurahnya Dia. Sayu sebab hamba yang banyak berdosa, yang tak banyak berdoa macam yang menulis ini pun boleh dapat nikmat yang hebat macam ni. SubhanAllah.
Thank you Allah even can't thank You enough.
Sementara tu..
Assalamualaikum Sara.
Selamat datang ke dunia yang penuh dengan dugaan & cabaran. Tidaklah setenang dalam rahim ibu. Tapi ibu dan ayah akan beri sehabis baik, dengan izin dan bantuan Allah untuk besarkan Sara dan kakak jadi hamba Allah yang disayangi dan anak yang solehah.

Semoga Allah permudahkan. Amin..

Thursday, 23 April 2015

Loving it all. Trying to.

1) Tengok semua makanan or even imagining them food makes me nausea and kembang-kembang tekak.

2) Tapi tak muntah. Tak termuntah.

3) Been losing weight 2kg so far in 3 weeks without trying. And the scale just stays there je.. Tapi rasa diri 'TEBAL'

4) Jalan sikit dah mengah. Dukung Sufi sikit macam angkat 2 kampit besar beras. I'm so unfit wei..

5) Se..nang sangat mengantuk. Especially sebelum tengahari. Been pushing myself to finish works and sit baik-baik depan laptop tapi Ya Allah..mengantuk nya DIA yang tahu.

6) Despite No. 1 and 2 above, berjaya memujuk diri untuk makan sedikit tetapi berulang. The thing is, in 3 hours' gap perut akan berbunyi-bunyi dan rasa lapar macam dah 3 hari tak jumpa makanan.

Suffer those above and...  other sappy feelings and weird cravings i'm dealing now. Including that mengada-ngada part where bila suami balik weekend sekejap, terasa sedih macam nak cari helah supaya dia tak balik kerja semula. How i wish i can and he would. But betul..i don't know why emotionally i feel so much love and attached to my daughter Sufi lately and nak 'mengempeng' je dengan my Cik Abang Army.

Despite that..i feel blessed. Ya Allah..kadang-kadang memang tak larat tapi i am loving it. Keep reminding myself that all of this is bless and must endure and keep loving it.

Also i am so thankful i have a daughter that is super amazing cute manja, sangat bijak  and "recently surprisingly start to berdikari nak buat semua benda sendiri" and a very supportive, understanding and loving husband. Both are so so caring and keeping me strong through this another life journey.

Thank you Allah. The one i should be thankful to.
You are the most generous. I can say this many times but it still never gonna be enough.
You are awesomely loving. Alhamdulillah.

Tuesday, 24 March 2015

We are hoping...

Ni perbualan ibu anak semasa dalam perjalanan pulang menjemput anak balik dari pre-school

Me : Ibu ingat nak pergi klinik la.. Sufi temankan ibu nak?
Her: Nak! Kenapa? Ibu nak cek ada baby ke tak eh?
Me : Ha'ah.. Tapi..macam malas... nak tunggu nanti-nanti pun ada. Emm.. Kita cek esok-esok pun boleh
Her: Alaa..tanak tanak. Kita cek hari ni je lah?
Me :Kenapa? Sufi tak sabar nak tau eh ibu dah ada baby ke belum?
Her: Hmm"*angguk-angguk*
Me : Ibu pun tak sabar sebenarnya. Ada ke..takde ni, Kalau dah tau ada, kan senang sikit. Boleh tau kena jaga-jaga, nak makan makanan yang sihat-sihat..
Her: Ha'ah Sufi pun boleh tolong jaga adik nanti.. Ibu, nanti ibu kena pantang dulu kan?
Me : Eh, mana ada? Pantang tu bukan lepas tau ada baby dalam perut. Pantang tu lepas baby dah keluar la Sayang. Kan masa tu ibu nak kena rehat, ibu kan ada luka keluarkan baby..
Her: Oooo....
Me : Masa pantang, ibu tak boleh carry sayang tau? (Yes i still dukung her sometimes at her 5 yrs-a6 kg weight ;))
Her: Ha? Kenape...? Alaaa..siapa yang nak carry Sufi nanti?*muka sedih*
Me : La..kalau camtu macamana nak ada adik? nanti ibu nak re..
Her: Ok-Ok! Oklah! Sufi berdikarilah! Sufi berdikari. Eh?

Cepat-cepat dia potong cakap ibu dia, belum habis membebel nak bagitau dia kena sedia bagi Ibu berehat sekejap kalau ibu bersalin lagi.



Excited sangat Si Sayang nak adik. Actually in the end we didn't even go to see doctor. I manage to persuade her that i will do the test at home on my own.

Kat rumah pulak, ayat pressure dia berbentuk lain..
"Ibu, boleh tak ibu pregnant cepat sikit?"

Hahaha.. anak..anak. 
Masih belum tau result although i've missed my period for almost a week already. And the fact that i am ALWAYS punctual having my period makes my hope skyrocket. Tapi we'll see how lah nanti.

InsyaAllah ada kalau dengan izin Allah.

Sufi memang really excited. All of her plans and stories sekarang ni sikit-sikit mesti dah terselit bab dia dan her 'adik'. *sigh*
Pity pun ada. She's been asking for 2 years. We just decided to agree for it very recent. So we will be the most blessed if it's positive in instant.

By Allah's will. We are hoping. :)

Wednesday, 18 February 2015

Ibu yang baik kah aku?

Peluang menjadi ibu tu satu rahmat untuk kita. Ianya adalah satu lagi cara Allah menunjukkan yang dia sangat sayangkan kita. 

Masih belajar setiap hari untuk TIDAK  jadi ibu yang hipokrit.

I'm not a perfect mother. Neither kind nor patience. Tapi for sure i am a learner and i'm all for the better improvement i swear. I believe we as a mother wants to be the best mom in the world for our children. And we could be if we continue carrying and keep reflecting whether we've perform the amanah given from Allah to us.

Vice Versa

There's no right or wrong or such thing as the PERFECT MODULE for motherhood. It'll depend on your life, your surrounding and most importantly, your children. There's no person can tell whether you're doing your best or less except you yourself and Allah. Because deep in your heart, you can always know whether you have given your all or not in certain task involving your kids and family.

Allah is the most knowing. And the knowledge in this world is just tiny bit of his entire knowldge, that he loan to us. Terlalu banyak kekurangan yang kita rasa dalam diri kita sebagai makhluk. Dan bila menjadi seorang ibu..Ya Allah pelbagai persoalan akan timbul bila kita cermin balik kesalahan dan kekurangan kita.

Betapa baiknya Allah bagi Sufi kat aku untuk jadi ibu dia. Banyak sangat salah silap kekurangan dosa pernah buat dan masih buat..tapi Allah bagi kebahagiaan itu. Menjadi ibu. Tapi Allah yang maha bijaksana tentu tahu yang terbaik untuk kita sebagai hamba. Jadi percaya bahawa Allah meletakkan seseorang anak tu dalam satu keluarga sebab dia tau kita lah ibu bapa terbaik untuk anak tu. Aku percaya akan boleh jadi ibu yang terbaik untuk Sufi PROVIDED THAT aku berjaya jalankan amanahNYA. Not easy but itulah tujuan Allah pinjamkan Sufi pada aku.

Thank you Allah atas makhluk yang memberi kebahagiaan ini

Kalau kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kita sepatutnya kita sendiri akan terfikir adakah kita contoh terbaik untuk anak-anak kita? My own experiences are that whenever i wanted to ask my daughter or advising her to do something.. samada waktu nak suruh dan nasihat tu atau pun paling lambat kesedaran tu akan datang immediately lepas kita "sekolahkan" anak kita ialah kita berkata pada diri sendiri.." aku ni buat tak apa yang aku suruh anak aku buat?". 

Selalu find out diri sendiri bermonolog sensorang.Contoh kalau kita baru cakap dengan dia "Jom ngaji sayang.., Ingat, kita kena mengaji hari-hari tau sebab Al-Quran boleh buat kita tenang, happy dan Allah akan sayang sangat kat kita" lepas tu terus diri sendiri terasa "Ya Allah aku pun dulu malas baca Quran.. tak de makna nye nak baca hari-hari. kalau Sufi tau ibu dia camtu.."pastu dalam hati kelam kambut mintak ampun and doa janganlah Sufi ikut perangai aku dulu. Banyak lagi contoh lain yang lagi teruk dan malu la nak tulis kat sini. Tapi itulah hakikatnya bila membesarkan anak. Sentiasa rasa banyaknya yang aku tak cukup baik lagi untuk bagi Sufi nasihat & contoh. 

I don't know is it just me or memang semua mak-mak akan terasa atau terfikir macam tu. Sebab tu aku rasa peluang menjadi ibu adalah bukti Allah sayangkan aku. Tak terkira banyaknya pengajaran dan pendidikan yang aku dapat dalam mendidik Sufi, Dalam menguruskan keluarga. Semuanya menuntut kesabaran, kekuatan & kebijaksanaan. Dan ketiga-tiga tu akan datang dengan ilmu. Dan ilmu hanya akan datang of course la kalau kita willing nak belajar.

 Penyejuk hati. Penyuluh hati. Jantung Hati.

Dengan adanya anak, kita sebagai ibu akan kena upgrade diri & hidup kita sebab kita nak suruh dia ikut apa yang kita buat. Banyak dah aku baca & dengar kat luar sana yang mak bapak selalu suruh anak buat sesuatu benda tu tapi dieorang sendiri tak buat. Jadi memang diri ni sedang mencuba untuk tidak melakukan benda yang sama. Bukan mudah..tapi alahai, sentiasa mohon kekuatan daripada NYA.

Pernah dengar dari kata-kata Ustaz Ustazah Psychologist dan Motivator yang semuanya bunyinya lebih kurang camni:-
"Your children will not do what you ask them to do but they will do what they saw you did"
"Anak- anak tidak akan ikut apa yang ibu bapa suruh tapi mereka cenderung ikut apa yang ibu bapa buat"

Sufi banyak bagi kesedaran kat aku. Kadang kita cakap dengan dia kalau dah janji kena buat. Lepas tu immediately kalau janji nak belikan coklat tapi tak buat dia terus shoot aku dengan nas-nas tu "ha..ibu kata kalau dah janji kena buat tapi ibu tak buat. Kalau dah cakap mana boleh tak ikut nanti kira tipu" zass!! memang tertampar sendiri lah. Bila time camtulah rasa macam "MasyaAllah..ibu yang baik ke ni? nasihat anak tapi diri sendiri tak terbuat?"




But then, kalau bukan kita nasihatkan,, siapa yang nak nasihatkan? sebab kita pernah buat salah jadi kita nak dia lagi baik dari kita. I think the most important thing kat sini ialah selaju mana kita bagi nasihat kat anak, lagi laju kita kena perbaiki diri kita. Kena selari. Baru lah bila nak suruh dia mengaji dia pun tak pelik kalau dia nampak ibu mengaji hari-hari. Lepas tu kalau nak suruh anak solat setiap waktu mak bukan just kena solat setiap waktu tapi solat awal waktu dan buat depan dia. Haih.. kena macam tu sebab kalau tak memang rasa hipokrit.

"Sufi.. jangan lah mengamuk kat mainan kalau tak boleh pasang. bukan salah mainan tu?" lepas tu teringat teringat few days ago aku ada membebel kuat sebab tak boleh bukak barang "eii! geram betul lah apsal susah sangat nak bukak ni!" 

"Sufi jom mandi..dah nak maghrib ni"
"kejap ibu"
few minutes later..
"Sufi..cepatlah mandi, nanti dah petang sangat"
"kejaplah sufi belum habis main ni"
"haih! asyik cakap kejap..kejap..." 
when on several situations actually that conversation was the opposite..
"ibu.. tolong pasangkan cd cerita yang Sufi nak tengok ni boleh?"
"kejap"
*few minutes later*
"ibu..kata nak pasangkan cd? asyik kejap kejap je,,?"
"kejap. kejap lah Sufi..kan ibu tengah buat kerja ni. sikit je lagi. Kejap lagi ibu pasangla"

Nampak tak hasilnya kat situ?
*sigh*
Serius banyak sangat benda nak kena upgrade hari-hari Lily!