Monday 19 December 2016

PENSAMIENTO

Pernah tak kau terfikir apa yang aku fikir? Bila orang cakap tentang sesuatu dan kau rasa macam nak jawab "BS" je kat dia?

Analogi.
Kau claim kau suka kehidupan  dan pemakanan yang sihat, badan yang fit, langsing tetapi cantik dan penuh keyakinan. Tapi setiap kali pergi kedai makan, kau order chicken chop (bukan grilled tapi deeeep fried) dan lain-lain side order dalam menu. Masakan melayu pulak kau suka makan nasi putih + nasi tambah dengan at least 4 jenis lauk berkarbohidrat turbo dan air sirap bandung ais krim soda. Senaman yang kau buat adalah berjalan dari meja kau ke mesin photostat kat pejabat dan kali terakhir kau berlari atau berpeluh sebab aktiviti fizikal adalah 24 bulan lepas ataupun mungkin lebih lama dari itu sebab kau memang tak sure. 
So.. bila kau asyik cakap kat member baik atau suami isteri kau yang kau orang yang cintakan Gym, healthy lifestyle dan tak lama lagi kau akan ikut jejak mak-mak yang fit macam marion caunter dan Jessica Alba, jangan lah marah kalau orang tak percaya.

Cara tu seolah-olah nak tunjukkan orang sekeliling tu bodoh. Ataupun, lebih jelas lagi.. nak menipu diri sendiri.

Kalau mulut selalu buat A tapi perbuatan menunjukkan B, janganlah marah kat orang kalau orang percaya yang kau buat B. Kalau marah kat diri sendiri tak pe jugak, tapi memanjang nak marah dan salahkan orang kat sekeliling.

Takde ubat ke untuk dia ni?

Saturday 10 December 2016

Monolog

Kalau lah apa yang aku lakukan saat ini, aku buat kerana engkau, sebagaimana satu masa dulu, tentu aku tak kan diam macam ni.
Tapi demi kerana aku sungguh sungguh mengharapkan redha NYA..
aku pilih untuk diam.


Dan sebetul nya pun, bila dengan engkau, dan dalam situasi begini, tak ada yang lebih baik selain berdiam.

Aku Sentiasa mengharapkan kekuatan itu dipinjamkan Allah pada aku selama mungkin. Kerana kalau atas diri aku, rasanya aku sudah tidak berdaya.
Allah lebih tahu.

Aku berharap dengan kesabaran aku pada engkau, Allah lebih sabar dan menerima segala kekurangan dan kesilapan aku. Dan terus membantu aku, supaya aku dekat dengan dia.

Aku perlu kan Allah. Bukan engkau.

LS

SEARCH, AND YOU WILL FIND

Bila kita cari sebab untuk kita tak happy, kita akan jumpa. InsyaAllah tak susah nak jumpa sebab kita selalu nak macam-macam dalam dunia ni. Dunia yang sementara dan kita tau kita akan mati tapi still, rasa macam banyak sangat kita nak capai dalam hidup kat sini. Situasi ni especially untuk yang menaip ni la. Harapnya post ni lebih banyak menyedarkan dan memanfaatkan orang yang menulis daripada yang membaca.

Yelah, sebelum nak betul kan orang kena betul kan diri dulu kan? But in this case, actually aku harap lagi senang nak jadi baik bila ajak ramai orang buat perkara baik.
sebelum tidur ni nak review hari ni dan belajar bersyukur.

Sebab kalau aku nak renungkan kelam kabut hari ni sebab takde orang nak jaga Sara, lepas tu kena batalkan appointment dengan client dan ibu pulak tetiba tak sihat, apa yang akan aku dapat? Husband pulak balik bukan malam tadi but tomorrow. What happened has happened. Semua tu di luar kawalan aku pun.

Jadi yang boleh aku buat is pilih nak fikir kat apa and be grateful for positive things so I will attract more positivity towards myself.

Walaupun tetiba takde orang jaga Sara, aku dapat jaga dia sendiri Sambil contact2 Zafira untuk remind dan review kerja-kerja kat Ofis, sebab aku bekerja sendiri dan pejabat pun dekat. Alhamdulillah.

Walaupun ibu tetiba sakit dan merisaukan, tapi aku dapat peluang jaga dia dan dia bukan sakit masa dia sensorang kat rumah ni. Tak sihat tu pun satu jalan Allah bagi supaya dia kena jugak rehat dan masa ni lah nak manja-manja dengan anak perempuan sendiri. Kalau tak, keje nak maaaaasak je mak aku ni. Then petang tadi dia dah ok. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Walaupun kena batalkan appointment, the client is very understanding. Memula fikir, rugi tak? Sebab let go job yang nak bawak income masuk. And then aku fikir-fikir, dah kalau Allah susun macam tu maknanya tu lah yang terbaik. Meaning i wasn't supposed to have that meeting today at the first place. HE knows best for me. Alhamdulillah.

Husband not here tonight but for that, i manage to cook Special for him bila dia sampai je esok! And also spent time with my children. Adik tidur dekat pukul 10 jugak lepas ditepuk ibu dia ni. Then buat project Ice cream popsicle and ice cream Malaysia dengan kakak. Suka nya Sufi bila buat home project time cuti dengan ibu.

I have so many blessings to look into. Aku percaya kita semua ada perkara yang kita boleh rasa bersyukur dan buat kita gembira.

Kita cuma perlu CARI je. Kita akan jumpa.

LS

Friday 9 December 2016

JAPANESE ROASTED SESAME DRESSING

Pernah makan salad dengan Sos salad Bijan?

Suka ke..tak suka bila terbayang kan bijian bijan tu. 
Actually aku bukan penggemar bijan dan masa nak try first time tu macam teragak-agak jugak. Tak tau lah masa tu tetiba nak order benda ni and once i've tried, terus dah tak pandang lagi other type of dressing bila makan salad.

First time aku rasa sos ni ialah kat 'Sushi Zanmai' in 2012. Masa tu makan dengan Aftah kot. Lepas tu macam tak puas hati sebab kalau terasa nak makan, beli je lah salad kat situ. Tak semua dining spot offer dressing ni. Pada aku lah, jarang nampak kat menu. Maybe orang lain dah biasa. 
So aku pun cari kat grocery store dan jumpa lah yang lebih kurang je rasa dia, jenama KEWPIE.

Camni la rupa dia.. 

(image source: Google)

Serius sedap. Membuat kan kau akan jadi penggemar salad hijau tetiba dan makan hari-hari pun takpe. Selain ada biji bijan tu, the downside of it ialah kalori dia agak tinggi jugak lah compared tu kalau kau makan salad dengan oil based dressing sebab ingredient "sesame roasted dressing" ni ada campuran gula dan jugak mayonnaise.

To me, we just need to find the balance. You can make the salad tasty with delicious dressing macam ni tapi jangan lah rendam salad tu dengan sos. A few spoons only, will do. InsyaAllah boleh ye kalau semua ada willpower yang lebih kuat dari aku yang pasrah je dengan makanan sedap.

Untuk mengurangkan rasa bersalah consume healthy salad with somehow unhealthy dressing, aku pun cari resepi dressing ni dan memandai ubahsuai ikut aku supaya lebih sihat la sikit (where i switch regular mayonnaise dengan low fat (light) type and white sugar with brown sugar).

Maaf, aku lupa kat page siapa aku dapat resepi asal. Tak dapat nak bagi kredit. Yang aku ingat, some english food blogger camtu. Resepi ni aku paste je dari simpanan dalam pendrive lama aku yang aku dah ubahsuai siap-siap lepas beberapa kali buat experimen. Cut and paste. Tu yang format tulisan bersepah senget benget.

Lepas aku buat masa tu,baru faham kenapa tak semua restoran offer dressing ni sebab nak buat leceh jugak, ada banyak ingredients dan rasanya pelanggan yang datang makan asyik suka request extra dressing, especially kalau aku yang datang makan kat situ. Hehe.

Walaubagaimanapun, bila dah buat beberapa kali, takde lah leceh mana pun. Masa memula nak beli barang tu je kau rasa macam "amende la banyak sangat bahan nak kena campur untuk buat cicah salad je?". Lepas dah buat 10 kali camtu, dah rasa biasa. Ataupun lepas kau dah rasa tak berbaloi beli sos kewpie setiap kali shopping groceries sebab tetibe mak, suami dan anak-anak pun suka makan salad. Sos sebotol habis sekali makan.

Ok, ni resepi nya. 

*Anggaran bahan untuk 1L/ sebotol besar Sesame Dressing – Boleh simpan dalam Peti ais buat stock boleh makan sampai lebam.
*Resepi ini diubahsuai ikut kesesuaian. Boleh tukar pada mayonnaise biasa dan gula putih Cuma ada extra kalori le nanti.
*Kalau guna kacang panggang yang bergaram, maka TAK PERLU LAGI campur ½ sudu garam halus.

 Bahan-bahan / Ingredient:-

1 cawan/cup 
Mayonnaise rendah lemak/Low fat mayonnaise
¼ cawan/cup
Kicap Cair/Soy sauce
½ cawan/cup
Cuka Epal/Apple Cider Vinegar
¾ cawan/cup
Gula Perang/Brown Sugar
¾ cawan/cup 
Kacang panggang kering tanpa garam/Unsalted dry roasted Peanut
2 sudu besar/tbsp
Bawang putih yang dicincang/finely chopped garlic
1 sudu besar/tbsp
Bijan putih dipanggang/roasted white sesame seed
½ sudu kecil/tsp
Garam halus/salt
1 sudu kecil/tsp
Minyak bijan/sesame oil

Penyediaan/Preparation:-

1) Masukkan Mayonnaise, Kicap cair, cuka, gula, garam dan bawang putih ke dalam pengisar. Kisar lebih kurang dalam 1 minit.
Mix Mayonnaise, Soy Sauce, Apple Vinegar, Brown Sugar, salt and chopped garlic in the blender. Blend for about 1 minute.

2) Masukkan Kacang. Kisar sehingga halus ikut yang digemari (halus atau sederhana halus)
Pour the dry roasted peanut in the mixer and blend until the peanut have finely chopped and blended in.(follow what you prefer)

3) Masukkan Minyak Bijan dan Bijan Putih yang dah dipanggang. Kisar beberapa saat. Siap.

Add in the Sesame oil and the White roasted sesame seed. Blend for a few seconds more. 

Siap.
Done. 

-LS

Thursday 8 December 2016

HE ANSWERED

This evening i look into the little black book. The old chapter.




6.17pm : "Not even a single minute" Love, you know nothing until you're in it.
I wrote that in March 2013.

"I wish i can confront you. But what good would it makes? Because to me, i don't know you. What's white to me is black to you"
That sentence, few days later.

And then there are these pages of Doa.. 

Sampai sekarang, my tears fall down every time i read those pages. Aku tak sangka, that same feeling of disappointment still lingers setiap kali terbaca my thoughts during that time. That time, when i don't know what to do, with whom can  i share and how long can i keep the truth. Tapi now, Allah showed me the way. And until now, i still keep the truth. Because i think that's the best for me and her. Asalkan dia bahagia. And maybe, the truth already change now. 

Because our sympathy for someone, i believe Allah helped us going through dark moment in our life. When we don't hurt others even though we are at the position that we can, yet we choose not to even when we have the ability, Allah shall protect us from hurts as well.

Looking back then, and where i am now, i know Allah has answered all my prayers. He kept my faith. And give me better Love than what i have choose to let go.

Strange thing is, all the things i asked for her, is now happening in my life. I did not ask for me, i ask for the person that i hurt.

Those days when i can't sleep at night, menyesali kesilapan yang terlalu besar, i keep praying for her in my heart. And  i pray each time i thought of her, or when she probably thought of me, not in a friendly way. But i prayed for her best anyway.

Tapi mungkin betul apa yang orang selalu kata, bila kita doakan orang lain, malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama. Bila kita doakan yang baik-baik untuk orang, tak mustahil hidup kita jugak dapat semua doa-doa itu.

Alhamdulillah..

As always, Al-Fatihah as a gift and Doa with love to you.
Will continue to.



Friday 2 December 2016

CABARAN UNTUK REDHA DAN BERSYUKUR

Kita diajar untuk sentiasa redha dengan segala dugaan yang Allah bagi kat kita. Samada yang susah atau senang, yang buruk atau baik. Tapi lebih mudah untuk bercakap dari buat. Kan?

Sebenarnya kadang-kadang ujian kesenangan tu lagi susah dari ujian kesusahan / kesedihan. Ini selalu aku dengar dari ustaz kat radio. Bila kita tengah susah atau sedih kita memang sedia maklum dan biasanya takde masalah untuk ingat yang Allah suruh kita bersabar bila diuji, suruh kita mengadu dan meminta pada dia. Dan biasanya kita pun memohon pertolongan dari Allah. 

Tapi berapa ramai yang selalu ingat bila Allah bagi kesenangan atau kegembiraan. Especially kesenangan yang kita dapat hari-hari sampai kita tak sedar kita dah take for granted. Contohnya macam bersyukur kita masih bangun pagi tadi (Hidup), atau ibu kita masak nasi lemak yang sedap untuk sarapan atau bersyukur sebab pergi kerja naik kereta atau motor, sampai on time kat office sebab takde kemalangan berlaku kat tengah jalan dan lain-lain lagi.




Kita biasanya tak renung setiap perincian nikmat yang kita dapat tapi kita selalunya akan scrutinise kesusahan yang kita hadapi macam kita tertanya kenapa jadi macam ni, kenapa Allah uji macam ni, kenapa kita kena hadapi benda ni sekarang? Kita tak pulak tanya kenapa Allah bagi kita hidup lagi dan kenapa Allah masih bagi kita sihat? Kita tak rasa nak persoalkan benda tu sebab kita dah biasa hidup dan rasa sihat setiap hari.

Ustaz pun selalu kaitkan dengan kebiasaan kita lakukan rutin harian. Kita selalu baca doa sebelum makan kan? Tapi selalu tak kita baca doa selepas makan? Kita baca doa naik kenderaan atau nak keluar rumah, tapi selalu tak kita baca doa bila dah sampai destinasi yang dituju?




Ni peringatan untuk diri aku sendiri jugak la.. 
Selalu tanya kenapa time tu Allah nak bagi kesusahan sikit atau kesedihan tapi tak pernah pulak tertanya kenapa Allah bagi kesenangan? bagi rasa gembira? Layak ke diri ni untuk selalu dapat nikmat yang baik-baik?

Sebenarnya setiap hari kita kena ingatkan diri kita untuk sentiasa rasa bersyukur atas semua nikmat yang Allah pinjamkan. Berapa banyak benda yang kita tak mintak but Allah gives us anyway? Dan perkara susah yang kita rasa Allah bagi tu sebenarnya nak menyedarkan kita yang semua kat dunia ni Pinjaman dan takkan bersifat kekal. Semuanya SEMENTARA.

LS