Monday 19 September 2016

Rutin baru sebelum buah hati ku tidur

We have this pre-sleep routine every night since she can speak. So by now Sufi know by heart what to do and recites before sleep. It's a matter of time for Sara to follow along :)

Lepas minum susu, gosok gigi and then she'll go to pee. Then drink a glass of plain water and finally recites these Surah/Doa sebelum baring tidur:-
1- ayatul Qursi
2- Al-Kafirun
3- Al-ikhlas
4- Al-Falaq
5- Al-Nas
6- Al-Fatihah
7- Doa nak tidur
8- Syahadah (mengucap) dan maknanya
9- Salawat x 3 times
7- the 7 Bismillah
and then she'll salam us ibu ayah and minta maaf from us if there's any wrong thing she did that day and we also apologize to her if there's any way we taught her that hurt her feelings. Finally we'll give her big tight hug + kisses and tell her we love her so much and how amazing she is to us before she sleeps.
Bukan senang nak get her to always tag along doing that thing we called "adab tidur". Orang tua pun kadang malas nak baca those on the list and rather terus berdengkur, inikan pulak kanak-kanak. So there were times we try to understand and tolerate when she's really tired like nak angkat mata pun tak larat so she'll just baca doa sebelum tidur tu and mengucap. Sometimes she gets to Salawat before doze off. I really want her to understand the reason we're doing it, the benefits and i want her to love doing it. Like it's gonna be a routine coming from her heart. InsyaAllah.

Recently secara tak sengaja i watched this Robin Sharma's YouTube video. Then i fell in love with his ideas and teaching. Later on, I've watched his podcasts as well. So antara idea-ideanya yang sangat menginspirasikan tu, dia ada sembang pasal tips macamana nak besarkan anak-anak yang hebat dan turut berkongsi script yang "dimantrakan" dengan anak-anak beliau setiap malam in bedtime iaitu
1- whatever you do, do it well
2- whatever you want to be, be it 
3- Never give up
4- Always remember how much Daddy loves you
I know how important the seeds of words that we plant into our children's ears (mind) waktu diaorang nak tidur. Even bila mereka dalam keadaan mengantuk pun bagus kita sebut dan doa yang baik-baik sebab ianya akan masuk ke subconscious mind mereka.

Jadi malam ni aku dah tambah rutin baru sebelum tidur dengan Sufi setelah terinspirasi oleh podcast Robin Sharma tu. Skrip tu aku ubah sikit but no less beneficial:
1- Sentiasa ingat yang Allah ada dengan kita, nampak apa kita buat dan sayang kita.
2- Apa pun yang kita buat, buat dengan sungguh-sungguh.
3- Apa sahaja yang kita nak jadi atau capai asalkan perkara baik, kita mesti boleh jadi dan dapat.
4- Jangan putus asa.
5- Sentiasa ingat yang ibu dan ayah sayang sangat-sangat kat Sufi.
Then after that ajak dia ingat + sebut apa 3 perkara best hari ni yang buat dia happy dan berterima kasih kat Allah. Nak tanam habit sentiasa bersyukur.

Mesti hasilnya baik kalau dapat tanam skrip kat atas ni kat hati dan dalam diri dia dan buat dia pegang perkara tu sampai bila-bila. Ameen..

Now dia dah tidur nyenyak. Sara pun sama.
And during moment like this memang perasaan dalam hati tu bercampur time tengok muka diaorang yang tengah nyenyak tidur. Muka yang suci tanpa dosa. Muka kepenatan lepas "kembara-kembara kecil" diaorang waktu siang. Rasa sayang sangat-sangat kat anak-anak ni. Rasa bersyukur bertuah ada anak-anak kat sebelah kita. Kalau siang tu ada marah dia, mulalah rasa macam kesiannyaaa lah kat dia kena marah tadi. Lepas tu rasa nak kerja kuat lagi untuk bahagiakan diaorang. Tak nak bagi diaorang sedih, sakit atau susah. Itu memang perasaan semua mak-mak yang tenung-tenung muka anak dia time anak dia tidur kan?
Yang petah & bijak bombarding us with her "why, what, how' questions and now mostly 'can i?'

Friday 16 September 2016

DEMI MASA

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan tentang kebenaran. Serta mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran" - Al-Asr

My last post was in May. 4 months has passed and I don't know where to begin. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu dan banyak yang berlaku tak sempat direkodkan.
Actually bukan 'macam' terlalu cepat but it was really fast. Memang masa sekarang ni terlalu pantas meninggalkan kita. Akhir zaman (takutnya!). There are always too many things to do but always with so little time.

When i'm writing this post, kita dah pun melepasi dua Hari Raya (Aidilfitri dan Qurban) untuk 2016 / tahun 1437 hijriah.

My dearest father in law telah kembali ke rahmatullah pada hari raya ke 7 (12 Julai 2016) setelah terlantar sakit beberapa bulan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberatkan timbangan amalnya serta menempatkannya di syurga. Ameen.. Pemergiannya adalah contoh bahawa 'masa kita di sini akan berakhir' satu ketika nanti.
I always wanted to update this blog but then always keep holding off to do it. Rasa sentiasa tak sempat. I recall someone said if something really matters to you, you'll find a way to do it and if not, you'll find excuses. I guess 'tak ada masa' was my excuse where actually i don't feel that important to update this blog. Now i'm making a promise to myself for a progress. I'm gonna write at least once a month and most importantly, hoping to share some positive things with whoever read my writing. Kalau Sufi dan Sara baca apa yang ibu dia tulis, i want them to benefit from it.

My firm is turning 2 this November. I'm blessed with the opportunities Alhamdulillah thanks to Allah but bila dengar DAO punya sindiran dan inspirasi, i know i should and could do better. 2 years almost passed without proper marketing strategies and i still need to get lots of knowledge for business improvement. I have faith Allah will help me. Cuma yelah.. Sayang kan bila dah dua tahun tapi baru nampak kat mana lacking? Itulah dia 'masa yang terbuang' tapi tapi tapi..aku percaya, tak ada istilah 'dah terlewat'. Now there's a room for Maximum IMPROVEMENT. Go Lily & Co ! You can view our google+ page here

Sufi bakal masuk darjah 1 tahun depan. Oh tidak! Nanti tetiba dia dh sekolah menengah! Pastu tetiba dia dah ada bff maka boleh ke ibu still jadi tempat pertama cerita terbaru and 'what happen at school today' sebaik sahaja masuk kereta dan tutup pintu?? I wanna be your bff ever n everrrr ! Huhu.. Tengoklah paranoid. Sebab ianya contoh di mana 'masa berlalu begitu saja'. Sedar-sedar anak sulong dah nak masuk sekolah rendah. Wah cara describe macam anak 5 atau 8 orang walhal dua je ponnn hehe. Yang bongsu tu ha.. Yang nak masuk setahun bulan November ni (felt like I just gave birth to her last month).

Encik suami masih bergelar weekend husband and father. Enjoy lah bang ye sementara boleh kerja tanpa kena ganggu anak bini kat sana tu. Esok nanti dah posting sini tau lah dia time tu imma call him now and then to help attend the kids. We met and literally communicate f2f like a few hours in a week only! Yang best ialah takde masa nak gaduh. Tapi bila sampai rumah jumaat malam dan balik semula ke sana Ahad petang membuatkan kiteorang sentiasa rasa tak cukup ruang nak buat aktiviti keluarga, nak manja-manja dan nak sembang panjang. Itu yang dikatakan 'masa yang TERHAD'. Bila ada baby sorang dan anak sorang lagi juga sibuk suruh layan dia berkreativiti dan monitor kerja sekolah + makan minum, adalah satu cabaran untuk kau sebagai isteri solehah nak cari ruang menyelit untuk manjakan si ayah atau even nak picitkan whitehead hidung, urut2 bahu dia waktu tengok tv cam satu ketika dulu maka semuanya kini tinggal kenangan.
Tulis satu entri pun dah makan berjam. Macam banyak sangat masa eh? Sebenarnya tak pun tapi sebab interruption sekejap-sekejap menyusukan Sara and then layan kakak dia makan and then put them to nap, maka jadilah setengah hari menulis satu entri blog. Jangan ikut contoh pengurusan masa camni. Gagal.

Ni nampak gaya akan ada peruntukan masa yang terganggu sebab Sara macam dah nak bangun. So gonna end this here.