Thursday 17 November 2016

EVERYBODY HAS THEIR OWN STRUGGLE

One said i look happy. That i'm currently doing great in life. Things look good for me. I have 'progress' in some areas in my life. Ameen.. Ameen for what you said and may it constantly be prayer for me.

But in my friend's own word to me
"You are better now. You changed, you're closer to God, you're happy but me? I'm worse than before. I'm struggling"

Says who? How do you know that i'm so great?
That i'm closer to Allah? Even i myself didn't know that!

And she answers "from your twitter".
And i laughed. Outside and inside my heart, i laughed.

Kawan, it's good that you saw nice words and great things in my tweets. Alhamdulillah. I really hope i tweet perkataan yang baik-baik dan perkara yang bagus-bagus daripada mengutuk orang atau highlight people's flaw or my flaws. Dunia ni dah terlalu banyak perkara negatif yang di viral kan. Banyak kesilapan orang yang di publisitikan. Keaiban manusia dijaja dibukakan oleh manusia yang lainnya seolah mereka sendiri tak ada aib. Aku personally tau bagaimana rasanya bila kita melakukan kesilapan, orang pulak tolong menyebarkan kesalahan kita tu. Sudah lah kita rasa bodoh, orang lain pula tukang sebarkan kat dunia kebodohan kita tu. Malu dan aib, Allah sahaja yang tahu.

Aku memilih untuk kongsi perkara yang baik-baik sahaja. Alah! Kadang-kadang ada je masa terlepas juga kemarahan kat twitter. Ter post juga gambar yang tak relevan kat instagram. Manusia kan? tak kan sempurna. Tapi sebolehnya aku harap apa yang aku kongsi, walaupun tak dapat membahagiakan orang lain, janganlah pulak membuat orang lain rasa down atau sakit hati.

When i heard that comparison she made, i can't help but feel bad. 

Dear, i may look happy, but i am NOT happy ALL THE TIME.
I may sound/look like having good progress in life, but please know that i am always a work in progress.

Of course i will tweet nicely.
Of course i will upload happy faces pictures and blog about happy and good stories because i don't want others to waste energy and time imagining, relating and reading my sad, bad experience and test. Cukup-cukup la semua orang pun ada kesedihan dan masalah masing-masing jadi buat apa kita pun nak merungut sama-sama menjelaskan yang kita juga tak kurang 'malang' nya.

My obstacles, kesedihan dan ujian aku, biar lah aku saja yang tahu. Cukup lah aku dan Allah yang faham sebab kalau aku cerita pun, siapa yang faham? 
Like, kena cakap currently aku tengah risau pasal business slow, lepas tu anak aku yang fully breastfeed dah dekat sebulan tak nak minum EBM dari botol waktu siang kat rumah baby sitter. Macam tu? 

Sebenarnya kalau kadang aku terrr bercerita sedikit sebanyak 'masalah' aku atau sape-sape kat laman sosial tu, aku harap yang terbaca tu dapat lah faedah kat bahagian pengajaran atau renungan atas kesalahan yang aku buat. Bukan pada jalan cerita tu.

Kalau cerita aku post gambar/tweet yang nampak macam hidup aku ni happy, niat aku hanyalah untuk merakamkan yang baik supaya bila aku atau anak-anak aku stumble upon my writings, when we look back one day, we only read the good and learn positive lessons only. To always remind ourself how far have we come, what things should we be grateful about and banyak lagi. And if i manage to inspire just 1 person to be better, Alhamdulillah. I couldn't ask for more. 

Setiap seorang dari kita kat dunia ni, has our own struggle(s). Semua orang ada masalah. Not everybody that looks ok, are really ok. And if they really are, you must remember they are not, all the time happy. Semua orang ada ujian masing-masing. We are unique and our test also custom made. 

Ada orang hidup mewah tapi siapa tahu dia lonely?
Sebab baru bercerai dengan isteri,
lepas tu dah berbulan tak jumpa anak yang disayangi,
Rindu sangat-sangat tapi ex-wife degil tak bagi.

Ada orang ada anak isteri dan keluarga yang penyayang,
tapi tetiba pulak kerja tetap hilang,
terus stress nak cari sumber pendapatan kumpul wang.

Ada orang ada keluarga baik-baik,
hidup mewah suami isteri sama-sama cantik,
tapi kesihatan teruk hospital kena turun naik,
jumpa pakar dapat list 1001 makanan dia takleh ambik.

Ada tu kerja nampak glamour, company sendiri,
kawan-kawan kata "mesti puluhan ribu tu gaji!" 
padahal job bukan masuk setiap hari,
dah tu bill Client mintak bayar instalment 3 kali,
anak-anak kena urus tanpa orang gaji,
sebab cari maid tak jumpa-jumpa lagi,
stress sebab uruskan anak-anak sorang diri,
sebab suami jauh jarang jumpa macam kerja kat oversea

Ada suami isteri loving, career sama-sama ke kemuncak,
Hidup mewah, sihat wal-afiat tapi takde anak,
dah kawin 12 tahun kadang-kadang rasa sakit otak,
Sebab mak pak dan mertua asyik tanya "mana cucu ni? kiteorang nak!"

Ada yang bercinta, dah lima tahu bersatu,
Suami isteri subur, anak 5 orang, setahun keluar satu,
lepas tu suami pening kepala fikiran buntu,
sebab tak reti urus kewangan anak dahla ramai camtu.

Tapi ada juga yang bujang, belum berkeluarga,
tak payah fikir masalah anak isteri tapi takde kerja,
duduk merempat, tempat tinggal tetap tak ada,
Makan minum harap kat orang, harap sedara mara

Tetiba rhyme dalam bahasa melayu.

Ada ke orang macam description yang last tu? Ada.
Kat Malaysia lagi. Memang ada. Apatah lagi kalau tengok satu dunia. Ada lagi yang teruk dari kita. Yang kebulur tak makan. Yang tak boleh sembahyang kat masjid dan takut-takut nak sembahyang kat rumah sebab bebila masa je kena bom, ahli kelurga semua dah arwah tinggal dia sorang je yang survive tapi buta. 

Cuba kita tengok masalah dan ujian orang lain kat dunia ni maka kita akan rasa kecik nya masalah kita.

No matter how bad we feel our life situation is, there will always be someone worse. If only we keep learning to be content. To be grateful. Senang je cakap tapi aku sendiri selalu lupa. Ada je yang kita rasa tak cukup dan susah.

Kita boleh gembira selalu, tapi kita tak akan sentiasa gembira. Kita boleh sedih kadang-kadang, tapi kita tak akan sentiasa bersedih. Kalau kau rasa kau sentiasa gembira tak pernah sedih atau susah hati pun, isyhh..jaga-jaga lah beb. Kau kena jumpa Doktor tu. Sebab kalau kau rasa kau banyak masalah, kau susah nak berubah jadi baik, kau sedih, tahniah. Sebab kau masih 'Hidup' dan waras. 

Mana ada orang yang sentiasa happy sentiasa bahagia kat dunia ni? Macam aku cakap kat post NI .. semua kat dunia ni tak kekal. Macam tu jugak dengan kegembiraan. Cuma aku percaya orang yang selalu happy tu adalah orang yang belajar untuk happy. Selalu bersyukur. Berterima kasih pada Tuhan, pada orang-orang sekeliling. Dan orang yang suka memberi instead of menerima atau meminta.

Aku tak tau orang lain, tapi aku pun struggle nak jadi baik. Nak berubah jadi lebih maju. Dalam semua aspek hidup. Dan kita tak boleh buat semua tu tanpa bantuan Allah s.w.t.
Aku bukan baik cuma aku sentiasa cuba nak jadi baik. Yang Tuhan suka. 

Aku langsung bukan alim. Mungkin aku suka sebut pasal Allah sebab aku tengah belajar nak jadi orang yang lebih bersyukur. Dan aku mengharapkan pertolongan DIA sebab dia je yang boleh bagi aku keupayaan untuk berubah dan bertambah baik dalam apa pun. 

Salah satu cara untuk kita happy dan kurangkan struggle untuk buang stress dalam hidup ni ialah bersyukur untuk apa yang kita ada sekarang tapi jangan putus asa untuk kejar hidup yang lebih baik.

Aku selalu berdoa semua orang akan dapat bantuan dan hidayah dariNYA. Especially diri aku sendiri. Aku banyak salah dan dosa. Cuma Allah yang tutup aib aku. Dan dia juga yang tolong dan ada pada aku saat aku susah senang. Aku berdoa Allah permudahkan semua urusan dan hidup aku, keluarga aku, kawan-kawan aku dan semua yang minta tolong dari DIA.

Kita semua struggle kat dunia.
Tempat kita happy dan berehat cuma kat SANA tu je. 
Tempat yang mahal yang namanya Syurga.
Minta tolong pada DIA sebab dia TAKKAN hampakan kita.

LS

Friday 11 November 2016

MISREP?

Baru-baru ni aku bukak satu akaun FB. Sebabnya nak create page perniagaan untuk firm aku. Actually aku dah ada satu lagi akaun FB yang dikongsi dengan encik suami. So yang ni memang aku buka untuk administer a business page.


Oleh sebab akaun FB tersebut digunakan untuk perniagaan maka aku pun letak lah kat bahagian tarikh lahir, tarikh perniagaan dibuka which is in November 2014. So technically last few days the business just reach 2nd year, Alhamdulillah.



Happy Birthday LILY & CO. :)


Tapi disebabkan maklumat tersebut, tak pasal-pasal pulak ramai yang wish "Happy birthday" kat aku. Kat Fb tak ramai sangat tapi kat group-group whatsapp tu yang haru tu. Tetiba ada dua birthday setahun. Mana yang wish dalam group tu, dapat lah aku explain sekali je then semua nampak. Tapi yang hantar message individu tu memang tak sempat nak review satu-satu. 


Intan siap cakap aku ni 'misrep' (misrepresentation)- it's a legal term dimana kita sengaja memberi maklumat/perbuatan yang salah untuk tujuan sengaja membuat orang yang terima maklumat tu, salah faham atau buat tindakan yang salah, disebabkan oleh maklumat kita tu. 

Tetiba dituduh misrep. 

Memang tak terfikir pun disebabkan aku letak info sedemikian, untuk dapatkan birthday wishes berganda. Anyhow, i appreciate those kind words and prayers from those yang innocently relied on FB notifications. With that also, clearly shows siapa yang memang ingat birthday aku tanpa perlu FB reminder. Actually Faslin la yang pepagi dah tanya kat whatsapp apsal ramai orang wish birthday kat wall aku? Aku pun tak sedar masa tu. Hanya buka when i wanted to post something about work and office's blog post.

Sorry kawan-kawan. The birth date is not mine but my company. Nevertheless, may Allah grant the good things you prayed and wished for me as well. Ameen..

Monday 7 November 2016

FAMILY IS A BLESSING

Not working today in conjunction with Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Hubby's at work. Anak-anak pun takde ni. Patutnya boleh la buat banyak benda for myself.

But still best friend with my lappie. Buat kerja kat rumah? Hmm.. not really.

One hour of deep conversation. Lepas tu email pulak. I really look forward for your magic. Because i believe so. Kenapalah dengan hati aku ni sekarang kan? Hidup memang ada ups and downs kan. Kuatkan lah hati aku ni.. 

Baik lah cerita pasal yang indah-indah je. Positive attract positive.



Yesterday and Saturday as usual was a lovely weekend. A bit emotional sebab Sabtu kiteorang attend majlis Ihtifal Sufi. Sufi oficially dah tamat Tadika kat Little Caliphs. And she made us so proud for her achievement and commitment in learning. Bertuahnya aku dan suami dapat anak sebegini.

Mata asyik berair je. Macam anak konvo nak terima PHD padahal sijil tadika je makcik. hihi biaselah. Lily, sikit-sikit nangis! Kata suami aku, suka sergah-sergah pastu gelakkan. Memang lebam-lebam lengan dia asyik kena cubit. Padan muka, orang feeling sayu tengok anak dah besar, dia asyik nak menyakat je. Rasakan!

"Takpe sayang, jangan risau.. mana anak kita yang dah besar tu, kita ganti dengan yang kecik" 
isyhh!

Memang dia ni suka bagi hint tau. Macam tanak bagi aku rehat terus. Ok..faham kiteorang takde anak lelaki lagi tapi dua orang tu dah banyak la tu. Aku pun dah tua ni. Bagi aku dua orang bibik baru aku decide nak beranak lagi kot. haha




Lepas habis majlis tu kiteorang pergi lunch sama. Rushing juga sebab nak ambil Sara cepat dari rumah mak. Tapi sempat jugak la melayan cik kak Sufi tu punya soalan..

"Ibu, tadi Teacher Ika dapat hadiah, lepas tu Sufi tengok dia menangis. Kenapa dia dapat hadiah tapi menangis?"

"Sebab dia gembira la tu"

"Tapi tadi Sufi pun dapat hadiah, tapi tak de rasa nak nangis pun? Ade eh? Orang yang dapat hadiah, lepas tu menangis?"

Dan aku, saje je kali tu malas nak jadi cikgu, terus sengih dan bagi signal kat ayah dia.
"Hah! Biar ayah yang jawab"

Hahaha. Terbeliak dia tengok aku sambil cakap tanpa suara "nak jawab apa?"

"Jawab la Sayang.."
Biarkan! Biasa nya aku yang kena entertain jawab, kena kreatif sikit pastu bagi contoh-contoh lain sampai Sufi faham. Kali ni biar ayah dia jawab. Dari pagi asyik menyakat aku je, balas dendam.

Nak tergelak jugak tengok anak beranak tu.
"Ayah jawab betul-betul eh? Kalau ayah main-mainkan Sufi, lain kali Sufi tanak tanya ayah lagi. Cepatlah jawab.."

"Makan habiskan dulu" Jawab ayah, alasan. Sebenarnya nak buy more time to provide answer. 

Nasib baik jawapan cemerlang. Sufi pun faham dan puas hati. Kalau tak, selagi dia tak puas hati memang kita pulak terkena balik.

Comel anak ibu. Bijak. Manja. Memang buah hati ibu ayah.

***************


Semalam pulak satu hari kiteorang tak keluar rumah. Makan sama-sama, pagi-pagi Sufi tolong aku buat popiah goreng. Dia bab masak-masak ni memang dia suka. Tengahari lunch sama-sama homecooked food, memang puas hati.

Sara pulak extra manja dengan ayah dia. Dieorang excited dengan project baru nak bela kucing kat tepi rumah. Ada kucing datang beranak kat rumah, lepas tu ayah dia kata jom bela. Tu yang semalam buat rumah untuk kucing, sikit-sikit lepak luar main-main. Sara pun suka macam tanak masuk rumah sebab nak pegang kitten tu. 

Lepas tu, macam biasa, lepas maghrib BORING..
Sebab buah hati nak balik KL. Hantar cik Abang balik. 
Salam peluk cium beramai-ramai dengan rasa berat tapi nak buat macamana? 
Anak-anak bagi flying kiss banyak-banyak dari tingkap kereta, ibu tengah drive cuma boleh senyum je.

Cepatlah balik pindah sini Sayang...


Friday 4 November 2016

YANG MENYAKITI DAN DISAKITI- IT'S YOU, NOT THEM

Dulu masa kita tengah gembira, tersenyum, bahagia, kita lalui selalunya tanpa terfikir yang semua tu akan hilang. Hakikatnya, hari ni bila kita sedih, kecewa, sakit & susah hati, kita kena ingat yang semua ni juga akan berlalu.

Kebahagiaan datang dan Pergi. Kesedihan yang datang juga akan pergi dan berganti dengan kebahagiaan yang lain selepas kita berjaya harungi ujian kesedihan ni.

Bila kita happy, beringat yang kita akan diuji dengan sedih tak lama lagi. Bila kita sedih pulak, jangan putus asa sebab tak lama lagi mesti kita akan gembira. Masa kita tengah sedih, biasanya kita takkan nampak kat mana jalan nak bahagia. Kat mana gembira tu kalau kita tengah sengsara ni? Betul kan? Memang tu yang selalu kita rasa. Ada masanya bila diuji dengan kesusahan, rasa macam tak nampak jalan keluar, tertanya kat mana kebaikan di sebalik semua ni? Masa tu memang kita susah nak nampak.

Tapi days after that, months after or maybe we took longer.. in years maybe? We looked back at our life and that's when we say..
"oh patutlah jadi macam tu, sebab Allah nak aku end up kat sini/jadi macam ni"
Or we'll say "I'm so glad that it happens because if not, i will be more lost"
"Syukur Allah buat aku susah time tu kalau tak, aku takkan sedar apa yang aku buat tu, salah"

BUT, BUT IF.. after things past, ujian berlalu, kita masih tak boleh terima kenapa kita diuji dengan kegembiraan yang sementara, atau kalau kita masih menyalahkan keadaan, semua orang lain (kecuali diri kita) sebagai penyebab kita tak gembira, we should ask ourself that whether sebenarnya kita rasa tak puas hati pada Allah? Sebab dia lah yang arrange suka duka dan turun naik hidup kita. Konon kita rasa orang lain yang penuh dosa pada kita. Orang tu yang jahat. Orang tu yang buat kita menderita. Kita hanya mangsa yang takde salah apa-apa kecuali some 'innocent' errors in judgement. Yeah, right!

Look, if kita cakap kita redha, kita faham apa yang Allah tentukan adalah qada' dan qadar, that nothing is an accident in this world even if we call it accident, dan kalau kita kata kita percaya semua yang Allah izinkan berlaku tu adalah TERBAIK untuk kita, so kenapa kita tetap persoalkan..
"Kenapa semua tu jadi pada aku?"
"Kalau dia tak buat macam tu, mesti aku takkan sakit hati sampai sekarang/hidup aku lagi bahagia sekarang"
"My sad life is due to my best friend's betrayal 10 years ago / mertua yang tak memahami /  kucing peliharaan mati semalam/ suami yang menyakitkan hati this morning.. bla-bla.." Always about someone and something else except yourself.
Kenapa??

Selalunya kita macam pandai, kita kata kat diri sendiri
"Kalau la aku tak .......(something we feel regret of not doing)..... , mesti aku ....(something we imagine we should be/have)..." like that's for sure??
Contoh : "Kalau aku tak setuju duduk dengan mak mertua, dah tentu sekarang aku dah bahagia dengan suami aku kat rumah sendiri dan dah buat tujuh anak"
The thing is... you did whatever you did and Allah allowed your choice to happen. 
Our duty now is to accept but always to learn from the good and dismiss from the bad.

Setiap yang datang mesti akan pergi. Yang hidup akan mati. Tulah namanya hidup kat dunia. Kenangan dan masa, dua benda yang kita tak dapat beli dengan apa sekalipun. Untuk mengubat hati dan jadikan motivasi hidup, ingat selalu, tak ada apa yang kekal kecuali Allah. Semua kat dunia ni bersifat SEMENTARA. 

SEMUA. Termasuk rasa suka dan duka.

Tabah kan hati. Banyakkan berdoa. Cuba bersabar walaupun sabar tu susah. Cakap memang senang.

Kita sentiasa minta Allah permudahkan urusan kita & semoga kita dapat tempat yang paling mahal best gempak which is HEAVEN, tempat yang kita tak akan berpisah, sedih, takut dan sakit. But kenapa kita masih tak sedar doa je tak cukup? Berharap je tak cukup?

Wednesday 2 November 2016

BE EXTRA CAUTIOUS AND SUSPICIOUS

I received this video and i wanted to share because it might save us from potential harm due to our sincere good intention to help strangers.