Monday 16 January 2017

RESOLUSI 2017

Today is just the 16th day of January 2017. Esok tarikh yang agak cantik (17-01-17) so maybe ramai juga orang tetiba kahwin/nikah time tu kot.

Soalan hari ini ialah apa khabar 2017. Baru nak sibuk borak pasal azam tahun baru 2017 ke makcik?
It's better late than never kan.
Or should i say, it's now or never.
Sebab kalau dah nak habis Januari pun tak letak matlamat, bila lagi nak ada matlamat?
Cara cakap macam lah matlamat-matlamat yang dulu-dulu semua dah tercapai.

Has 2016 been good to us?
Soalan sebenarnya ialah have we been good to 2016?
Betul-betul ke kita dah manfaat kan tahun 2016?
What favour did we do for others?
For ourself, our development?
Adakah kita tergolong dalam golongan yang beruntung atau yang rugi?

Dah habis muhasabah, reflek dan nangis tak?
Ni soalan untuk aku ni sebenarnya πŸ˜”

NEVER GIVE UP guys (me).
Your past is not you because you don't live there anymore.
And what happened in your past does not determine who you will be in the future (yeah, but it sure will if you keep repeating the same mistake again and again😞)

Enough of blaming the past
Live in this moment.
Take action NOW.

Selamat mengejar matlamat 2017 dan seterusnya. Which are.. *saved screenshots

1- Keep "Falling in Love"



2- First thing, First



3- "Awareness"


4- Seek in persistency


5- Love the purpose



6- Own skin



Rasanya hanya aku je yang faham semua ke-6 benda di atas which is good. Post ini cuma diharapkan dapat sentiasa buat aku sedar diri, each time i read and see.

Last but not least..
DON'T WISH, WORK.

-LS

Monday 9 January 2017

RESOLUSI TAHUN BARU 2017- (DOA,MINTA PADA ALLAH, BUKAN PADA MAKHLUK)

MULAKAN HARI-HARI KITA DENGAN DOA YANG BAIK-BAIK. SETIAP KATA ADALAH DOA, SETIAP APA YANG KITA FIKIRKAN JUGA MENJADI DOA. SO, BE SELECTIVE ON YOUR THOUGHTS AND WORDS. THIS REMINDER IS MORE FOR ME THAN TO THOSE WHO READ. I TEND TO OVER THINKING, WORRYING, SELALU BER "WHAT IF" OR "IF ONLY"... *SIGH*πŸ˜–

Melalut nih. Tajuk post yang kat atas tu actually cam takde kena mengena sangat pun dengan post ni. Moral ayat tu memang betul, nak apa-apa kena usaha dan minta dari Allah, bukan makhluk. Allah yang memberi manakala makhluk cuma penyampai. Tapi aku sendiri pun selalu lupa perkara ni. Mintak kat sana sini last-last tak dapat baru merayu doa kat Allah.

Selamat Tahun Baru 2017. It's been more than a week. So how's everyone's 2017 so far? Mesti semua dah siap dengan azam dan matlamat kan? Dengan ini aku mengambil kesempatan untuk berkongsi satu lembaran doa yang panjang yang isinya hanya yang baik-baik untuk semua. Aku nak sangat semua mendapat manfaat untuk tahun 2017 ni dan silalah amalkan especially yang menaip post ni. Sila kongsi atau ambil untuk baca sebab ianya hanya membawa kepada kebaikan. 😍 Betul, tanpa usaha kita takkan berjaya. Tapi doa yang hebat memainkan peranan penting juga.

Post ni sebenarnya aku nak tepek(paste) satu doa kat sini. Kalau korang jenis tak tau nak mintak apa dari Allah, guna lah doa ni. "Tak tau nak mintak apa" bukan sebab hidup takde tujuan/impian atau sombong dengan Pencipta kita. Aku tak kata macam tu, jadi jangan fikir ke situ. "Tak tau nak minta apa dari Allah" biasanya sebab TERLALU banyak yang kita nak. Macam aku ni lah, nak mintak macam-macam tapi nak buat apa yang Allah suruh/suka malas, kedekut!

Tapi betul kan? Kita nak macam-macam kat dunia ni. Dan yang kita nak tu of course lah yang kita rasa terbaik je untuk kita contohnya... kita NAK.. kaya, jadi jutawan, suami hensem setia dan penyabar, berjaya, ada bisnes sendiri, murah hati suka derma, tapi duit tak pernah habis, ada kawan-kawan best, mak mertua sayang jadi menantu favourite, nak sihat nak cantik, dah tua tapi tak nampak tua, suami/isteri hebat, anak-anak comel dan bijak belaka, nak sentiasa happy hati tak sakit..dan NAK macam-macam 1001 perkara lagi.

So kalau kita nak banyak perkara tapi tak tau nak mulakan atau doa camana, InsyaAllah doa ni sangat sesuai sebab dah cover semuanya. Semoga kita semua sentiasa jadi orang yang rajin berdoa. Again, peringatan ni untuk aku lebih-lebih lagi sebab aku selalu malas doa panjang-panjang dan kalau doa macam nak cepat je.. (menceritakan keburukan diri sendiri lagi, tak tau motif untuk apa).

Anyway, hebat lah bagi siapa yang sanggup baca apatah lagi amalkan doa yang panjang ni. Aku dah try print, memang panjang wo..πŸ˜“

Pesanan penaja: Jangan pandang remeh kuasa doa. NEVER underestimate its power. Ask and believe, Allah shall give your request or HE'll give something better. Never less than what we ask. 

Sedikit highlights tentang doa ni-
*Dimulakan dengan Bismillah dan Ibu Al-Quran (Al-Fatihah) yang dah diterjemah
*Isi doa di dalam Bahasa Melayu jadi kita senang menghayati
*Beserta dengan selawat Tafrijiah dan Fatih (dah siap terjemah ke bahasa melayu juga) jadi sambil berdoa, kita pun berselawat
*Beserta nama-nama Allah jadi dalam memohon sesuatu tu, kita memanggil Allah dengan nama-nama NYA yang lain so kita akan belajar erti asmaul husna secara tak langsung.


DOA BESERTA NAMA-NAMA ALLAH

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…

Segala puji bagimu Ya Allah, Tuhan sekalian Alam. Yang maha pengasih (iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia) lagi maha penyayang (iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat). Yang menguasai dan memiliki hari pembalasan, hari kebangkitan, hari akhirat. Hanya kepadamu kami menyembah dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan, Ya Allah. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang kau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukanlah jalan mereka yang kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang menyadi penyebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanganinya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. Dan ( limpahkanlah rahmat dan salam ) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan hembusan nafas dalam bilangan semua yang diketahui olehmu Ya Allah, wahai Zat yang menguasai sekalian alam.

Ya Samii’, yang maha mendengar, Ya Bashiir yang maha melihat, Ya Aziz yang maha berkuasa, Ya Aaliim maha mengetahui, Ya Hakim yang maha bijaksana, Ya Rahman maha pemurah, Ya Ghaniy yang maha kaya, Ya Wahhab yang maha pemberi, Ya Adzim yang maha agung, Ya Rahim yang maha mengasihani, Ya Kabiir, yang maha Besar, Ya Aliy yang maha tinggi martabatnya, Ya Hakam yang maha mengadili, Ya Adl, yang maha adil,  Ya Raafi’ yang maha mengangkat, Ya Mu’iz yang maha memuliakan, dan Ya Afuw yang maha memberi maaf.

Ya Rahman, yang maha pengasih, Ya Rahim yang maha penyayang dan Ya Ghaffaar yang maha pengampun, Ya Ghaffur yang maha memberi keampunan yang banyak, ampunilah dosa-dosa kami, dosa pasangan kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa keluarga kami, dosa sahabat-sahabat kami serta kaum muslimin dan muslimat. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang terdahulu dan akan datang. Ya Afuw , yang maha pemaaf, maafkan lah dosa kami yang kecil atau besar, yang kami ketahui atau tidak disedari, yang disengajakan atau tanpa disengajakan, dosa kami yang lepas, sekarang atau akan datang.

Ya Rauuf, yang maha mengasihi serta banyak kasih sayang dan rahmatnya, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami dengan penuh kasih sayang. Ampunkanlah segala dosa mereka dalam mendidik kami. Jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bertaubat dan mengakui kesalahan, Ya Tawwab wahai yang maha menerima taubat. Terimalah taubat kami dan ampunkan kami sebelum kami mati.

Ya Fattah yang maha membuka gedung rahmat untuk sekalian hambamu, Berikanlah kasih sayang dan rahmat mu kepada kami sebagaimana engkau merahmati orang-orang yang soleh dan bertaqwa. Ya Afuw, yang maha memberi kemaafan, berilah kemaafan dan keampunanmu kepada kami dan tutuplah dosa-dosa kami, dan kaiban kami di dunia dan akhirat. Ya Rasyiid yang maha memimpin kepada kebenaran serta pemberi panduan dan maha bijaksana, pimpinlah kami untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Ya Quddus yang maha suci lagi menyucikan, sucikan lah kami daripada segala cela dan kekurangan.

Ya Aziz, yang maha berkuasa, Ya Salam yang maha penyelamat, Ya Muhaimin yang maha melindungi, Ya Hafidz yang maha memelihara dan menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak, selamatkanlah kami dan ahli keluarga kami dari kerosakan, lindungilah kami daripada siksaan api neraka dan daripada azab kubur.  Lindungilah kami dari godaan iblis dan syaitan yang menyesatkan kami. Dan Lindungilah kami dari sifat mazmumah serta nafsu kami sendiri yang membinasakan kami.

Ya Mutakkabir yang maha megah, Ya Khaaliq yang menciptakan dan mengadakan, hidupkanlah kami dengan iman, matikan lah kami dengan iman dan masukkan lah kami ke dalam syurga mu bersama-sama iman. Masukkan lah kami dan keluarga kami ke dalam syurga mu dengan rahmatmu Ya Allah. Ya Jabbaar yang menundukkan segalanya, maha perkasa dan mencukupi keperluan serta memperbaiki keadaan seluruh hamba, berikanlah kami hidup yang tenang, rezeki yang luas, kekayaan yang berkat dan cukup serta taubat sebelum mati serta rahmat selepas mati. Ya Muqtadir yang maha menentukan, akhirilah kehidupan kami di dunia ini dengan kesudahan yang baik dan iman, dan janganlah engkau akhiri kehidupan kami di dunia ini dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Wahhab yang maha memberi anugerah, Ya Razzaq yang maha pemberi rezeki, Ya Muqiit yang maha memberi kecukupan,  berikanlah kesenangan kelapangan dan kekayaan di dunia dan diakhirat kepada kami.

Ya Hasiib yang maha penjamin memberikan jaminan kecukupan, cukupkanlah kami dengan apa yang engkau halalkan daripada apa yang engkau haramkan. Jadikanlah kami orang yang tidak meminta-minta dari yang lain kecuali hanya kepadamu Ya Allah.

Ya Kariim yang maha pemurah tanpa had,  Berikanlah kami rezeki, anugerah dan kemewahan dari segi kewangan yang bebas dan pemilikan harta benda yang terbaik, masa yang lapang dan bermanfaat untuk urusan akhirat dan kebajikan, amalan soleh yang istiqamah, ikhlas serta diterima oleh MU, rasa cukup dan tenang dengan segala nikmat dariMU, kasih sayang dan kebaikan dari dunia dan seisinya dan jauhkan lah kami dari beban hutang dalam apa jua bentuk di dunia dan di akhirat.

Ya Baasith yang maha meluaskan melapangkan hidup, maha melimpahkan nikmat dan terkumpulnya rezeki, lapangkan hidup kami, limpahkanlah rezeki yang halal dan berkat kepada kami dan berikanlah kami kekayaan jiwa, kemurahan rezeki, kelimpahan wang dan harta beserta rasa syukur dan cukup, kesihatan yang afiat dan ketenangan hati dalam mengingati mu.

Ya Ba’ith yang maha membangkitkan semangat dan kemahuan, berilah kekuatan dan semangat kepada diri dan hati kami untuk sentiasa beribadat kepadamu. Juga untuk melakukan perkara yang baik yang diredhaimu, dan mengambil tindakan untuk memperbaiki diri kami, kehidupan kami, urusan kami dan kewangan kami menjadi yang terbaik Ya Allah.

Ya Shakur yang maha bersyukur, jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur atas nikmatmu dan menyedari akan nikmat yang engkau kurniakan serta berkongsi nikmat itu dengan makhlukmu yang turut memerlukan. Ya Haliim yang maha Penyabar dan penyantun, Ya Shaabur yang maha penyabar dan tidak tergesa-gesa, jadikan lah kami orang yang sentiasa bersabar dan tidak terburu-buru untuk marah, jadikan kami orang yang sentiasa bermuhasabah, memperbetulkan diri kami serta bijak dan sentiasa mengawal emosi kami.

Ya Mu’iz yang maha memuliakan dan memberi kemenangan, berilah kemenangan pada seluruh umat islam didunia ini terhadap kaum yang kafir dan melakukan kezaliman. Ya Muzil yang maha menghina, kau berilah kehinaan kekalahan pada musuh-musuh islam dan musuh hambamu yang bertaqwa. Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkan lah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.  

Ya Raafi’ yang maha mengangkat darjat, Ya Muiz’ yang maha menghormati dan memuliakan, Ya Maajid yang mencapai tingkat teratas dalam hal keutamaan dan kemuliaan, Ya Jaliil, yang maha luhur dan memilik sifat yang sempurna,Ya Hamiid yang maha terpuji dan selayaknya memperolehi pujian dan sanjungan, kau jadikanlah kami orang yang berakhlak baik, merendah diri dan manusia yang bermanfaat kepada makhlukmu di dunia ini. Jadikanlah kami kecil di mata kami dan besar di mata manusia lainnya.

Ya Baari’ yang maha merancang, Ya Musowwir yang mengadakan dan membentuk sesuatu yang sesuai dengan keadaannya, Ya Wakiil yang maha mentadbir dan memelihara, bantulah kami untuk merancang kehidupan kami di dunia dan khirat dengan sempurna dan hebat. Ya Lathiif, yang maha halus dan teliti, jadikanlah kami perancang hidup yang tersusun dan bermanfaat. Ya Walliy yang maha melindungi dan mengaturkan semua kepentingan makhluknya, Ya Waaliy yang maha menguasai urusan, aturkan lah urusan kami sebaiknya dan jadikanlah kami orang yang bertindak dengan cepat, betul, teratur dan melaksanakan kerja hingga selesai. Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami

Ya Aliim, yang maha mengetahui segala-galanya, bimbinglah kami untuk merancang hidup yang Berjaya selamat dan berkat dunia dan akhirat. Ya Kabiir, yang maha waspada dan mengetahui, Ya Raqiib yang maha memerhati segala gerak geri,  jagalah kami dan jauhkan lah kami dari segala kejahatan keburukan dan bahaya pada masa ini dan masa akan datang, yang dekat atau yang jauh, yang terang atau yang tersembunyi. Lindungi keluarga kami dan sekalian umat islam dari segala bahaya, kesakitan, keburukan, kesusahan, kesedihan dan kekerugian di dunia mahupun di akhirat. Bantulah kami supaya bijak dan berwaspada dengan mahlukmu dan apa-apa perbuatan yang menghancurkan dan dimurkai olehmu ataupun yang buruk untuk diri dan kehidupan kami.

Ya Mu’min, wahai yang maha pengaman dan pemelihara keamanan, berikanlah keamanan hidup dan ketenangan hati pada keluarga kami dan umat islam di seluruh dunia ini dan peliharalah keamanan kami semua Ya Mu’min. Ya Wasii’ yang maha luas pemberian dan kerahmatan, kurniakanlah rahmat mu kepada keluarga kami dan sekalian umat islam.

Ya Waduud, yang maha pencinta dan menginginkan segala kebaikan, kurniakanlah kasih sayang yang kuat, dalam dan berpanjangan dalam keluarga kami. Satukan hati kami sekeluarga dan hati umat islam di dunia ini dengan kasih sayangMU dan kerana mencari redham. Penuhilah hati kami dengan kasih sayang dan jadikanlah kami orang yang terus memberikan kasih sayang kepada semua makhlukmu.

Dekatkanlah kami dengan dan berikanlah kasih sayang dan kehormatan dari hati mahklukmu yang engkau sayang dan yang menyayangi engkau ya Allah. Dekatkanlah kami dengan hambamu yang bertaqwa dan mengingatkan kami kepadaMU. Kurniakan lah kami golongan sahabat, jiran tetangga dan keluarga yang taat kepadaMU serta disayangi olehMU Ya Allah.

Ya Haadi yang maha memberi petunjuk dan memimpin, jadikanlah kami pemimpin yang baik di dalam keluarga kami, pekerjaan kami serta kehidupan kami. Jadikan kami ibu bapa yang mithali kepada zuriat kami serta anak-anak yang soleh/solehah terhadap kedua ibu bapa kami. Bantulah kami untuk memberikan contoh yang baik kepada zuriat kami, semangat dan kudrat untuk menjalankan amanahMU, ilmu yang bermanfaat dan kesabaran dalam mendidik zuriat kami menjadi mukmin dan mukminah yang bertaqwa dan disayangi olehMU. Jadikan kami ibu bapa yang penyanyang, peka terhadap diri zuriat kami dan dan amanah dengan tanggungjawab yang Engkau berikan.

Ya Haadi yang maha memimpin dan memberikan petunjuk ke jalan yang benar supaya terjaga, pimpin dan jagalah diri kami keluarga kami dan zuriat kami di jalan yang benar dan jalan lurus yang KAU tunjukkan. Ya Nuur maha bercahaya dan memberi cahaya, berilah cahaya keimanan, dan ilmu yang bermanfaat kepada kami dan zuriat kami di dunia dan akhirat. Peliharalah kehormatan zuriat kami dan jadikan mereka orang yang bijak dan beriman. Ringan kan jodoh zuriat kami dan jodohkan mereka dengan orang yang beriman dan membawa mereka ke syurga. Ya Naafi, yang maha memberi manfaat, jadikanlah kami dan keluarga kami serta zuriat kami makhluk yang sentiasa memberi manfaat kepada semua makhluk MU yang lain dan dekat kan kami dengan orang yang baik, berakhlak mulia dan turut suka memberi manfaat kepada semua makhluk.

Ya Qawiiy yang maha memiliki kekuasaan yang sempurna, Ya Matiin yang maha teguh, kukuh dan sempurna kekuataan keperkasaan, tetapkanlah iman dan hati kami dalam agamamu dan terhadapMU Ya Allah. Ya Muqallibul Quluub, Thabbith Qalbi Ala Diini Wato’atik (Wahai yang membolak balik kan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMU dan mentaati MU)

Ya Mujiib, yang maha mengabulkan dan menunaikan permohonan, kabulkan lah doa kami yang baik-baik untuk kami dan jadikanlah kami orang yang sentiasa redha menerima segala ketetapanmu Ya Allah dan bersabar atas setiap ujianmu. Sekiranya engkau tidak tunaikan permintaan tertentu kami maka gantikanlah ia dengan yang lebih baik dan kurniakan lah kami hikmah untuk memahami dan menerima taqdir mu dengan ikhlas, sabar dan redha.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya engkau tidak ampunkan kami dan rahmati kami maka jadilah kami orang-orang yang rugi.
Ya Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami kearah kesesatan sesudah engkau berikan kami hidayah dan petunjuk, berikanlah kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah yang maha memberikan rahmat.
Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami sekiranya kami terlupa dan tersalah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.
Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa
 Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kabulkanlah permintaan kami, sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha pemurah dan pemberi.

Ya Allah curahkanlah rahmat dan keselamatan serta berkah atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang dapat membuka sesuatu yang terkunci, penutup dari semua yang terdahulu, penolong kebenaran dengan jalan yang benar, dan petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada beliau, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya dengan sebenar-benar kekuasaanNya yang Maha Agung.