Thursday 19 May 2016

IBU-IBU

Bismillah..

Aku kagum dengan ibu-ibu bekerjaya 8 to 5 yang masih dapat sediakan makan minum bekal suami dan anak-anak ke sekolah ke tempat kerja. Ada ke? Macam Intan kawan sekolah rendah tu, nampak kat Instagram dia. Macam Lia, isteri Aman. Ibu cerita rajin masak pepagi untuk makan sama-sama dan bekal kan suami. Kagum.

Aku? Huhu.. takde kesempatan untuk itu. Lebih kepada takde kudrat sebenarnya. Bangun subuh dengan mata macam ada gam UHU lagi.. dapat sediakan sarapan untuk Sufi once in a while pun dah syukur. Selebihnya.. nenek dia lah yang rajin masak nasi goreng la cekodok la roti goreng la.. Kalau ibu Sufi ni?? koko crunch atau rolled oat je lah anakku. Atau style ibu, Herbalife shake je la daily. Nasib baik Sufi suka. Cuma dia demand sikit.. nak blend dengan ice cube, nak strawberry nak letak yogurt.. itu ini, penyudahnya, agak leceh juga. That's why la aku kata, dapat sediakan sarapan dia dah kira champion la kita. Mana nak attend Sara nya lagi, nak loading barang kat kereta lagi, sebelum keluar rumah lagi sekali bf Sara make sure she doesn't get hungry in the journey.. Jadi mungkin juga satu rahmat yang aku sekarang takde keperluan untuk masakkan bekal suami ke tempat kerja setiap hari sebab dia tiada di sini. Mungkin kalau dia ada, aku struggle juga nak bancuh nescafe setiap pagi. Ampun Bang.. ;) I mean i will struggle to bancuh Nescafe yang sedap. Bukan struggle susah nak buatkan air. Hehe..

Nasi Goreng Kunyit Daging
(Gambar throwback sesaje untuk buat orang lapar)

Aku pun kagum dengan working mom that could keep up with the fashion and fashionably attend their kids. Like dalam instagram dukung anak kecik, lepas tu sebelah tangan pimpin 2 anak besar, dengan high heels and shawl lilit-lilit lip lap and status dia be like "penat berjalan seharian shopping but when kids are happy, mommy also happy". Seriously? You don't look tired woman. Nampak baru siap2 nak keluar rumah coz semua cantik terletak and bergaya. Macam RCW, macam erra fazirra macam kawan aku Aisyah..

If it's me? Flat shoe tu dah kira ok la tu dari flip flop kot. And my saviour will be tudung bawal, my all time favourite. Ber'shawl' gaya muslimah di runaway mungkin la dapat sesekali kalau ke pejabat atau meeting tanpa anak-anak. Tapi kalau dengan si comel di kiri kanan ku, i won't be as terurus as them hot mamah. Like realistically, Sara will pull my tudung or spill her saliva on it. Comel kan? Sufi pulak kalau berjalan still nak ibu ada and nak makan nak minum semua nak ibu bukak kan or teman. I don't have 'me' time when i'm with them.

And wow! to those yang so discipline dapat berblogging. Boleh baca post dia setiap minggu macam pretty mom si Vivy Yusof yang turut bekerjaya. Bila diaorang ada masa nak menulis semua ni? Waktu malam ke? Bukan time anak-anak tidur tu masa untuk curi-curi rehat juga ke? Sambil lipat kain? Sambil gosok baju? Sambil pam susu? Sambil cek buku kerja rumah anak-anak? And sambil packing beg sekolah anak / baju anak untuk baby sitter? Layan suami? Bedtime story untuk anak? Ishh bila dieorang ada masa menulis ni?? I'm writing this post actually when my client didn't turn up. I can't schedule my writing. I just can't.

And what's up with ibu beranak 2, 3, 5 dan even 6 yang masih kelihatan seperti anak dara tu?!! Aku stress kalau cakap pasal ni. Semua orang tau kot aku takut gemuk? Tapi bila anak dah dua ni macam nak mula belajar pasrah. Oh No. Belum la kot.. belum mengalah. Cuma dah lama menangguhkan diri untuk mengamalkan senaman hari-hari. Bila masa nya nak bersenam sambil menari? Camne nak angkat badan kalau kelopak mata pun selalu berat nak angkat? Sara masih bangun 3 kali or more setiap malam untuk menyusu. So my azam untuk bangun sebelum pukul 5 nak subuh awal dan bersenam kat hall memang selalu terkubur. Bangun pun dah kelam kabut kejar subuh pastu dah kena kejut and attend si kakak bersiap nak ke kindie. So there's my "esok je la exercise" excuse. Dapat seminggu sekali tu kira kejayaan la. Lagipun cuaca sekarang panas sangat. Jadi salah aku ke kalau aku cuma nak swimming je. Tapi kena la tunggu ada kolam renang kat rumah ni? Haih! nampak tak alasan bertingkat-tingkat kat situ?

Rasanya ramai yang tau baru-baru ni tengah boom program Tahfiz Muda kat Astro Oasis and Maya HD. Sampai Sufi pun berangan nak jadi Hafizah. Sedihnya dengar angan-angan dia yang suci tu. Sebagai ibu, aku selalu doakan yang terbaik dan semestinya aku bangga dengar cita-cita dia. Tapi tak dapat tahan sayu bila tengok rancangan tu. Mungkin orang lain sebak tengok anak-anak kecil dan hafaz Al-Quran dan mengalunkannya lagi merdu dari kita orang dewasa. Tapi aku sayu sebab kagum dengan ibu kepada para tahfiz muda tu. Yelah kalau anak dah sehebat tu, dah tentu lah ibu dia tu pun orang yang hebat & baik. Aku kagum pada dieorang. Pada ibu-ibu yang didik anak seawal bayi untuk kenal Pencipta kita, kena Rasul dan sayangkan Al-Quran. Bukan setakat tau je tau, tapi like really love love their Rasulullah and always relate whatever they do to please Allah. Apatah lagi yang ajar anak menghargai ibu ayah. Macam Ayu dengan anak-anak dia. Macam Kak Wardina. Malu pulak pada diri sendiri. Sebab masih ketinggalan bab ni. Jauh lagi..

Dalam susana sibuk orang meraikan hari ibu, aku berfikir, sejauh mana aku akan diraikan oleh anak- anak ku. Aku kagum dengan ibu-ibu di sekeliling aku. Rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak kesayangan.Tapi tak sepatutnya aku bersedih dengan kekurangan sebagai seorang manusia. Sebab yang terlalu kenal dengan keburukan dan kekurangan diri, masih lagi meminjamkan aku dua orang manusia yang aku panggil anak. Dia yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Sayangnya Dia pada aku ni. Jadi tak mungkin Allah pinjamkan anak-anak kesayangan aku ni atas sebab sia-sia. Mesti untuk tengok kita jadi labih baik setiap hari.



Semoga Allah membantu aku dan kita semua ibu untuk sentiasa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita. Mendapat kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak untuk jadi manusia yang bermanfaat & disayangi penciptanya.

Dan semoga Allah merahmati ibu yang membesarkan aku dan masih bersama membantu aku mendidik anak-anak ku. Sebagaimana dia menyayangiku aku tahu pasti Allah sangat sayangkan perempuan yang terlalu sabar dan baik itu. Ya Allah, syurga lah tempat ibu ku nanti. Jadikanlah aku anak yang sentiasa berbakti dan mengenang jasa ibu bapa, sebagaimana doaku untuk anak-anak aku nanti. Ameen..

LS