Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 19 September 2016

Rutin baru sebelum buah hati ku tidur

We have this pre-sleep routine every night since she can speak. So by now Sufi know by heart what to do and recites before sleep. It's a matter of time for Sara to follow along :)

Lepas minum susu, gosok gigi and then she'll go to pee. Then drink a glass of plain water and finally recites these Surah/Doa sebelum baring tidur:-
1- ayatul Qursi
2- Al-Kafirun
3- Al-ikhlas
4- Al-Falaq
5- Al-Nas
6- Al-Fatihah
7- Doa nak tidur
8- Syahadah (mengucap) dan maknanya
9- Salawat x 3 times
7- the 7 Bismillah
and then she'll salam us ibu ayah and minta maaf from us if there's any wrong thing she did that day and we also apologize to her if there's any way we taught her that hurt her feelings. Finally we'll give her big tight hug + kisses and tell her we love her so much and how amazing she is to us before she sleeps.
Bukan senang nak get her to always tag along doing that thing we called "adab tidur". Orang tua pun kadang malas nak baca those on the list and rather terus berdengkur, inikan pulak kanak-kanak. So there were times we try to understand and tolerate when she's really tired like nak angkat mata pun tak larat so she'll just baca doa sebelum tidur tu and mengucap. Sometimes she gets to Salawat before doze off. I really want her to understand the reason we're doing it, the benefits and i want her to love doing it. Like it's gonna be a routine coming from her heart. InsyaAllah.

Recently secara tak sengaja i watched this Robin Sharma's YouTube video. Then i fell in love with his ideas and teaching. Later on, I've watched his podcasts as well. So antara idea-ideanya yang sangat menginspirasikan tu, dia ada sembang pasal tips macamana nak besarkan anak-anak yang hebat dan turut berkongsi script yang "dimantrakan" dengan anak-anak beliau setiap malam in bedtime iaitu
1- whatever you do, do it well
2- whatever you want to be, be it 
3- Never give up
4- Always remember how much Daddy loves you
I know how important the seeds of words that we plant into our children's ears (mind) waktu diaorang nak tidur. Even bila mereka dalam keadaan mengantuk pun bagus kita sebut dan doa yang baik-baik sebab ianya akan masuk ke subconscious mind mereka.

Jadi malam ni aku dah tambah rutin baru sebelum tidur dengan Sufi setelah terinspirasi oleh podcast Robin Sharma tu. Skrip tu aku ubah sikit but no less beneficial:
1- Sentiasa ingat yang Allah ada dengan kita, nampak apa kita buat dan sayang kita.
2- Apa pun yang kita buat, buat dengan sungguh-sungguh.
3- Apa sahaja yang kita nak jadi atau capai asalkan perkara baik, kita mesti boleh jadi dan dapat.
4- Jangan putus asa.
5- Sentiasa ingat yang ibu dan ayah sayang sangat-sangat kat Sufi.
Then after that ajak dia ingat + sebut apa 3 perkara best hari ni yang buat dia happy dan berterima kasih kat Allah. Nak tanam habit sentiasa bersyukur.

Mesti hasilnya baik kalau dapat tanam skrip kat atas ni kat hati dan dalam diri dia dan buat dia pegang perkara tu sampai bila-bila. Ameen..

Now dia dah tidur nyenyak. Sara pun sama.
And during moment like this memang perasaan dalam hati tu bercampur time tengok muka diaorang yang tengah nyenyak tidur. Muka yang suci tanpa dosa. Muka kepenatan lepas "kembara-kembara kecil" diaorang waktu siang. Rasa sayang sangat-sangat kat anak-anak ni. Rasa bersyukur bertuah ada anak-anak kat sebelah kita. Kalau siang tu ada marah dia, mulalah rasa macam kesiannyaaa lah kat dia kena marah tadi. Lepas tu rasa nak kerja kuat lagi untuk bahagiakan diaorang. Tak nak bagi diaorang sedih, sakit atau susah. Itu memang perasaan semua mak-mak yang tenung-tenung muka anak dia time anak dia tidur kan?
Yang petah & bijak bombarding us with her "why, what, how' questions and now mostly 'can i?'

Thursday, 19 May 2016

IBU-IBU

Bismillah..

Aku kagum dengan ibu-ibu bekerjaya 8 to 5 yang masih dapat sediakan makan minum bekal suami dan anak-anak ke sekolah ke tempat kerja. Ada ke? Macam Intan kawan sekolah rendah tu, nampak kat Instagram dia. Macam Lia, isteri Aman. Ibu cerita rajin masak pepagi untuk makan sama-sama dan bekal kan suami. Kagum.

Aku? Huhu.. takde kesempatan untuk itu. Lebih kepada takde kudrat sebenarnya. Bangun subuh dengan mata macam ada gam UHU lagi.. dapat sediakan sarapan untuk Sufi once in a while pun dah syukur. Selebihnya.. nenek dia lah yang rajin masak nasi goreng la cekodok la roti goreng la.. Kalau ibu Sufi ni?? koko crunch atau rolled oat je lah anakku. Atau style ibu, Herbalife shake je la daily. Nasib baik Sufi suka. Cuma dia demand sikit.. nak blend dengan ice cube, nak strawberry nak letak yogurt.. itu ini, penyudahnya, agak leceh juga. That's why la aku kata, dapat sediakan sarapan dia dah kira champion la kita. Mana nak attend Sara nya lagi, nak loading barang kat kereta lagi, sebelum keluar rumah lagi sekali bf Sara make sure she doesn't get hungry in the journey.. Jadi mungkin juga satu rahmat yang aku sekarang takde keperluan untuk masakkan bekal suami ke tempat kerja setiap hari sebab dia tiada di sini. Mungkin kalau dia ada, aku struggle juga nak bancuh nescafe setiap pagi. Ampun Bang.. ;) I mean i will struggle to bancuh Nescafe yang sedap. Bukan struggle susah nak buatkan air. Hehe..

Nasi Goreng Kunyit Daging
(Gambar throwback sesaje untuk buat orang lapar)

Aku pun kagum dengan working mom that could keep up with the fashion and fashionably attend their kids. Like dalam instagram dukung anak kecik, lepas tu sebelah tangan pimpin 2 anak besar, dengan high heels and shawl lilit-lilit lip lap and status dia be like "penat berjalan seharian shopping but when kids are happy, mommy also happy". Seriously? You don't look tired woman. Nampak baru siap2 nak keluar rumah coz semua cantik terletak and bergaya. Macam RCW, macam erra fazirra macam kawan aku Aisyah..

If it's me? Flat shoe tu dah kira ok la tu dari flip flop kot. And my saviour will be tudung bawal, my all time favourite. Ber'shawl' gaya muslimah di runaway mungkin la dapat sesekali kalau ke pejabat atau meeting tanpa anak-anak. Tapi kalau dengan si comel di kiri kanan ku, i won't be as terurus as them hot mamah. Like realistically, Sara will pull my tudung or spill her saliva on it. Comel kan? Sufi pulak kalau berjalan still nak ibu ada and nak makan nak minum semua nak ibu bukak kan or teman. I don't have 'me' time when i'm with them.

And wow! to those yang so discipline dapat berblogging. Boleh baca post dia setiap minggu macam pretty mom si Vivy Yusof yang turut bekerjaya. Bila diaorang ada masa nak menulis semua ni? Waktu malam ke? Bukan time anak-anak tidur tu masa untuk curi-curi rehat juga ke? Sambil lipat kain? Sambil gosok baju? Sambil pam susu? Sambil cek buku kerja rumah anak-anak? And sambil packing beg sekolah anak / baju anak untuk baby sitter? Layan suami? Bedtime story untuk anak? Ishh bila dieorang ada masa menulis ni?? I'm writing this post actually when my client didn't turn up. I can't schedule my writing. I just can't.

And what's up with ibu beranak 2, 3, 5 dan even 6 yang masih kelihatan seperti anak dara tu?!! Aku stress kalau cakap pasal ni. Semua orang tau kot aku takut gemuk? Tapi bila anak dah dua ni macam nak mula belajar pasrah. Oh No. Belum la kot.. belum mengalah. Cuma dah lama menangguhkan diri untuk mengamalkan senaman hari-hari. Bila masa nya nak bersenam sambil menari? Camne nak angkat badan kalau kelopak mata pun selalu berat nak angkat? Sara masih bangun 3 kali or more setiap malam untuk menyusu. So my azam untuk bangun sebelum pukul 5 nak subuh awal dan bersenam kat hall memang selalu terkubur. Bangun pun dah kelam kabut kejar subuh pastu dah kena kejut and attend si kakak bersiap nak ke kindie. So there's my "esok je la exercise" excuse. Dapat seminggu sekali tu kira kejayaan la. Lagipun cuaca sekarang panas sangat. Jadi salah aku ke kalau aku cuma nak swimming je. Tapi kena la tunggu ada kolam renang kat rumah ni? Haih! nampak tak alasan bertingkat-tingkat kat situ?

Rasanya ramai yang tau baru-baru ni tengah boom program Tahfiz Muda kat Astro Oasis and Maya HD. Sampai Sufi pun berangan nak jadi Hafizah. Sedihnya dengar angan-angan dia yang suci tu. Sebagai ibu, aku selalu doakan yang terbaik dan semestinya aku bangga dengar cita-cita dia. Tapi tak dapat tahan sayu bila tengok rancangan tu. Mungkin orang lain sebak tengok anak-anak kecil dan hafaz Al-Quran dan mengalunkannya lagi merdu dari kita orang dewasa. Tapi aku sayu sebab kagum dengan ibu kepada para tahfiz muda tu. Yelah kalau anak dah sehebat tu, dah tentu lah ibu dia tu pun orang yang hebat & baik. Aku kagum pada dieorang. Pada ibu-ibu yang didik anak seawal bayi untuk kenal Pencipta kita, kena Rasul dan sayangkan Al-Quran. Bukan setakat tau je tau, tapi like really love love their Rasulullah and always relate whatever they do to please Allah. Apatah lagi yang ajar anak menghargai ibu ayah. Macam Ayu dengan anak-anak dia. Macam Kak Wardina. Malu pulak pada diri sendiri. Sebab masih ketinggalan bab ni. Jauh lagi..

Dalam susana sibuk orang meraikan hari ibu, aku berfikir, sejauh mana aku akan diraikan oleh anak- anak ku. Aku kagum dengan ibu-ibu di sekeliling aku. Rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak kesayangan.Tapi tak sepatutnya aku bersedih dengan kekurangan sebagai seorang manusia. Sebab yang terlalu kenal dengan keburukan dan kekurangan diri, masih lagi meminjamkan aku dua orang manusia yang aku panggil anak. Dia yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Sayangnya Dia pada aku ni. Jadi tak mungkin Allah pinjamkan anak-anak kesayangan aku ni atas sebab sia-sia. Mesti untuk tengok kita jadi labih baik setiap hari.



Semoga Allah membantu aku dan kita semua ibu untuk sentiasa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita. Mendapat kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak untuk jadi manusia yang bermanfaat & disayangi penciptanya.

Dan semoga Allah merahmati ibu yang membesarkan aku dan masih bersama membantu aku mendidik anak-anak ku. Sebagaimana dia menyayangiku aku tahu pasti Allah sangat sayangkan perempuan yang terlalu sabar dan baik itu. Ya Allah, syurga lah tempat ibu ku nanti. Jadikanlah aku anak yang sentiasa berbakti dan mengenang jasa ibu bapa, sebagaimana doaku untuk anak-anak aku nanti. Ameen..

LS

Wednesday, 16 December 2015

Kisah-kisah yang tersayang

I'm currently on confinement. Orang kata pantang 30 hari atau 40 hari atau 44 hari. Suami kata ikut macam anak pertama, pantang luaran 44 hari. Pantang dalaman 100 hari. Ha gitu.

Syukur Alhamdulillah sebab ditemani dua buah hati (Suami & Sufi comel) yang banyak membantu menguruskan buah hati baru, cik Sara. 

Dalam pada si Sayang-Sayang ni menemankan, ada la soalan-soalan yang kekadang tak sure (read: tak kuasa) nak jawab. Tapi tulah penghibur. Dalam dugaan nak berpantang sambil bekerja dari rumah, dua orang ni la yang menghiburkan walaupun kadang-kadang dalam hati kena sabar juga. Heh.


PERUT MENGEMPIS. 
On the first week after I gave birth to Sara, suami perasan keadaan perut,
"Dah kecik la...! " that time I was busy applying the multiple cream sebelum pakai barut dan bengkung.
He was referring to my then ballooned tummy. Yelah lepas Sara dilahirkan, of course perut masih nampak macam belon..lembik..tapi besar juga. Lepas 3-4 hari dia tengok dah obvious mengecut. He was sincere masa buat komen tu.
And then he asked "mana 'dia' pergi ek?"
'Dia' is actually referring to the Rahim.

I explained that Rahim perempuan akan mengecut dan kembali semula ke tempatnya (tempat yg sepatutnya dalam sistem pembiakan).  Dan akan mengecut lebih cepat/baik bila ia terletak kat tempat asalnya & kalau menyusukan anak lebih membantu pengecutan.That's why masa bf Sara I felt the contraction which is part of the process of the uterus to shrink back to it's original size. SubhanAllah.. Allahuakbar, betapa besarnya kuasa Allah kan? Rahim yang kecil sangat menurut my bidan kesayangan, bersaiz duit syiling 50sen camtu.. mengembang untuk menampung baby kita and after that mengecut semula ke bentuk asal. Dan begitulah dia akan ulang semula proses yang sama bila kita mengandung lagi. Provided kita jaga betul-betul.
"Ye ke? Mengecik balik jadi camtu eh?" Suami ku melayan penerangan isteri yang masa tu kononnya doktor pakar perbidanan. Apa yang aku explain tu benda-benda yang aku baca dengan apa yang Mak Yah (bidan) share masa mengurut. I also told him that berurut sangat-sangat membantu sebab I can feel badan cepat ringan (angin keluar dari badan), urat-urat dan sendi yang lesu/sakit semua semakin baik and of course, perut cepat kempis. Biiznillah.

TILAM KEKABU
This week we ordered baby cot for Sara. Sufi punya katil dah selamat bagi orang. Boleh kata semua barang time Sufi dah disedekahkan sebab that time me and hubby not sure nak anak lagi ke tak dan "entah bila lah nak ada baby lagi maybe tak nak lagi kot" ha lebih kurang cam gitu la kami rasa. So bila baby comel tiba sekarang, kenalah keluar duit semula 

I told hubby to get tilam kekabu untuk baby sebab lagi selesa. So we have to choose the design for the mattress before paying for the order. Seperti biasa si kakak la yang paling sibuk nak memilih. Semua dia kata tak nak/tak cantik dan nak ikut taste dia sampai that statement came out from my mouth
"yang nak tidur kat tilam ni Sara kan? Ni tilam Sara..jadi kenapa Sufi yang sibuk-sibuk complain tak cantik dan tak nak ni? Siapa punya ni sampai Sufi pulak yang kata tak nak?"
Memang aku saje je nak uji dia jawab apa sebab dah dapat baca dia mesti ada nak menjawab.

"Ye..Sufi tau tu tilam Sara tapi Sufi tolong pilihkan. Ok, tu tilam Sara tapi kenapa ibu dengan ayah sibuk-sibuk boleh pilihkan pulak?" 
Kan dah kata dia ada jawapan?

"Sebab ibu dengan ayah, kan ibu ayah Sara"
(Provocation)

"Macam tu Sufi pun boleh pilih la sebab Sufi kakak dia"
And terus my hubby buat statement suruh kiteorang bertiga sama-sama pilih. Konon nak menyelamatkan keadaan tapi sebenarnya malas nak dengar dialog jawab menjawab antara ibu dan anak perempuan. Hihi.

BENGKUNG 44 HARI
"Ibu buat ape tu?"
"Ibu nak pakai balik bengkung ni la sebelum tidur. Tadi kan ibu pergi toilet"

"Sebenarnya berapa lama nak kena pakai bengkung ni Sayang?"
"Abang, kan Abang kata I pantang 44 hari? I nak pilih 30 hari kali ni Abang kata stick to 44 hari jadi at least 44 hari le I kena pakai bengkung ni"
"Sebenarnya pakai bengkung ni untuk apa?"
"La..! Untuk bentuk balik badan la. Nak kempiskan perut. Nak cantikkan badan. Orang jaga badan nak cantik untuk suami. Pelik la..ada orang yang tak sibuk jaga, berpantang untuk suami, suami dia merungut isteri tak pandai jaga badan. Yang ni isteri sibuk nak jaga untuk suami, suami pulak mengeluh "eeii ! Sibuk nak kurus!" Kan? "
Dah terkena dia kat situ. Hehe.

Tak faham. Kadang bila tengok aku berbengkung atau sibuk makan jamu, sapu cream dia sibuk kata aku sibuk nak kurus. Padahal itulah normal orang nak jaga badan lepas bersalin. Kalau dapat kembali ke asal sebelum mengandung Alhamdulillah. Tapi berapa peratus je wanita yang memang dapat kembali ke sediakala? Mesti ada perubahan pada badan. Mesti. Tak banyak, sikit mesti ada. 
Tulah pengorbanan seorang isteri & ibu yang nampak di luaran.

Oklah. Baby dah bangun. Nak bagi susu. Sambung lain kali.

Thursday, 23 April 2015

Loving it all. Trying to.

1) Tengok semua makanan or even imagining them food makes me nausea and kembang-kembang tekak.

2) Tapi tak muntah. Tak termuntah.

3) Been losing weight 2kg so far in 3 weeks without trying. And the scale just stays there je.. Tapi rasa diri 'TEBAL'

4) Jalan sikit dah mengah. Dukung Sufi sikit macam angkat 2 kampit besar beras. I'm so unfit wei..

5) Se..nang sangat mengantuk. Especially sebelum tengahari. Been pushing myself to finish works and sit baik-baik depan laptop tapi Ya Allah..mengantuk nya DIA yang tahu.

6) Despite No. 1 and 2 above, berjaya memujuk diri untuk makan sedikit tetapi berulang. The thing is, in 3 hours' gap perut akan berbunyi-bunyi dan rasa lapar macam dah 3 hari tak jumpa makanan.

Suffer those above and...  other sappy feelings and weird cravings i'm dealing now. Including that mengada-ngada part where bila suami balik weekend sekejap, terasa sedih macam nak cari helah supaya dia tak balik kerja semula. How i wish i can and he would. But betul..i don't know why emotionally i feel so much love and attached to my daughter Sufi lately and nak 'mengempeng' je dengan my Cik Abang Army.

Despite that..i feel blessed. Ya Allah..kadang-kadang memang tak larat tapi i am loving it. Keep reminding myself that all of this is bless and must endure and keep loving it.

Also i am so thankful i have a daughter that is super amazing cute manja, sangat bijak  and "recently surprisingly start to berdikari nak buat semua benda sendiri" and a very supportive, understanding and loving husband. Both are so so caring and keeping me strong through this another life journey.

Thank you Allah. The one i should be thankful to.
You are the most generous. I can say this many times but it still never gonna be enough.
You are awesomely loving. Alhamdulillah.