Tuesday 24 December 2019

HIKMAH

HIKMAH.

Tiba-tiba aku terpanggil untuk type pasal topik yang mungkin synonym dengan agama ku.
("Terpanggil"- tiada siapa yang panggil aku menulis, aku yang panggil diri sendiri)

Mungkin lebih kepada aku nak meluah perasaan di sini dan tanak orang komen atau jadikan kontroversi kalau tulis di Facebook.

Hikmah.

Selalu kita dengar orang cakap/nasihat "Setiap yang berlaku mesti ada hikmah nya"
Dalam bahasa simple, apa je kejadian tu mesti ada benda baik yang kita akan jumpa.

Macam biasa lah kalau part sembang dan kita nasihatkan orang, memang kencang je dan kita pun anggap alah, semua benda ada hikmah. Jadi kalau orang tu bersedih, diuji, kita sebut tentang hikmah  ni. Aku pun ada lah ajar anak-anak pasal hikmah ni. Sebab kalau tak asyik nak fokus pada yang buruk je.

Tapi tak semudah itu untuk memahami hikmah dalam hidup kita kan?Atau mungkin aku masih melalui situasi-situasi yang mana aku masih keliru untuk mencari hikmah tersembunyi. Kadang nak cakap, tak payah la sembunyi lama-lama sangat. Apa yang aku belajar dalam usia yang boleh katakan dah sangat tua ni.. hikmah tu biasanya kita tak nampak masa kejadian. Atau even dalam waktu terdekat selepas kejadian. Kadang makan tahun nak jumpa hikmah. Kadang makan hati, makan dalam..
Terutamanya kalau ujian yang kita dapat tu, kita tak suka sangat , tak bersedia dan tak nak. Nama pun ujian kan? Ada ke orang suka ujian? Yang dah study lah kot.

Ternyata aku tak cukup study pasal hidup ni. Melalut ni.

Hikmah.

Biasanya dah lamaaaaa lepas kejadian, baru kita nampak.
Bila Allah bagi sesuatu (biasanya yang manis dan kita suka sangat) sekarang dan buat kita faham yang inilah hasil (hikmah) dari ujian yang lepas. Eh orang akan faham ke apa yang aku cakap ni?

Buat masa ni, takpe lah biar aku je yang faham.
Sebab aku rasa memang nak luahkan apa yang aku rasa sekarang ni.
Aku bila baca balik tulisan-tulisan aku yang malas dan tak selalu ada dalam blog ni, aku akan terdetik "eii!apsal lah aku fikir camtu dulu" atau "oh.. masalah yang aku tanggung masa aku tulis post ni, jawapannya aku dah jumpa sekarang"

Aku bukan perlu study & betulkan sesiapa pun tapi diri aku sendiri. Tulis blog pun suka-suka.
Ok Melalut lagi!

Hikmah.

Macam hari ni, aku cari dalam komputer, mana lah resepi biskut coklat kurang manis tak jumpa.
Lepas tu aku tergerak nak cek blog sebab ingat-ingat lupa yang aku ada letak kat sini.

Alhamdulillah, itulah salah satu hikmahnya ada blog aku ni.
Kalau simpan kat dalam folder pc boleh tak jumpa. Tapi letak kat blog walaupun bukan blog masakan dan yang baca cuma aku sorang, akhirnya hikmah dia anak-anak aku takkan frust malam ni. Boleh kami buat biskut yang diminta malam ni.

Tak la nanti aku kena terangkan "Mesti ada hikmah resepi ibu tak jumpa. Cuma tak tau lagi hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi biskut yang lagi sedap kalau buat lain kali?" Hehe

Anyway, aku sentiasa berdoa Allah beri aku ilmu untuk menerima takdirnya dan memahami hikmahnya.
Kadang-kadang,aku nak je muntahkan luahkan apa yang ada dalam otak dan hati aku ni. Tapi mungkin bahaya, mungkin ridiculous atau nanti viral pulak. huhu macam ape je la yang aku simpan ni kan? Nak gempak saje kalau sembang.

Sentiasa harapkan kekuatan dariNYA.

Eh macam best je luah kat blog..

No comments:

Post a Comment