One said i look happy. That i'm currently doing great in life. Things look good for me. I have 'progress' in some areas in my life. Ameen.. Ameen for what you said and may it constantly be prayer for me.
But in my friend's own word to me
"You are better now. You changed, you're closer to God, you're happy but me? I'm worse than before. I'm struggling"
Says who? How do you know that i'm so great?
That i'm closer to Allah? Even i myself didn't know that!
And she answers "from your twitter".
And i laughed. Outside and inside my heart, i laughed.
Kawan, it's good that you saw nice words and great things in my tweets. Alhamdulillah. I really hope i tweet perkataan yang baik-baik dan perkara yang bagus-bagus daripada mengutuk orang atau highlight people's flaw or my flaws. Dunia ni dah terlalu banyak perkara negatif yang di viral kan. Banyak kesilapan orang yang di publisitikan. Keaiban manusia dijaja dibukakan oleh manusia yang lainnya seolah mereka sendiri tak ada aib. Aku personally tau bagaimana rasanya bila kita melakukan kesilapan, orang pulak tolong menyebarkan kesalahan kita tu. Sudah lah kita rasa bodoh, orang lain pula tukang sebarkan kat dunia kebodohan kita tu. Malu dan aib, Allah sahaja yang tahu.
Aku memilih untuk kongsi perkara yang baik-baik sahaja. Alah! Kadang-kadang ada je masa terlepas juga kemarahan kat twitter. Ter post juga gambar yang tak relevan kat instagram. Manusia kan? tak kan sempurna. Tapi sebolehnya aku harap apa yang aku kongsi, walaupun tak dapat membahagiakan orang lain, janganlah pulak membuat orang lain rasa down atau sakit hati.
When i heard that comparison she made, i can't help but feel bad.
Dear, i may look happy, but i am NOT happy ALL THE TIME.
I may sound/look like having good progress in life, but please know that i am always a work in progress.
Of course i will tweet nicely.
Of course i will upload happy faces pictures and blog about happy and good stories because i don't want others to waste energy and time imagining, relating and reading my sad, bad experience and test. Cukup-cukup la semua orang pun ada kesedihan dan masalah masing-masing jadi buat apa kita pun nak merungut sama-sama menjelaskan yang kita juga tak kurang 'malang' nya.
My obstacles, kesedihan dan ujian aku, biar lah aku saja yang tahu. Cukup lah aku dan Allah yang faham sebab kalau aku cerita pun, siapa yang faham?
Like, kena cakap currently aku tengah risau pasal business slow, lepas tu anak aku yang fully breastfeed dah dekat sebulan tak nak minum EBM dari botol waktu siang kat rumah baby sitter. Macam tu?
Sebenarnya kalau kadang aku terrr bercerita sedikit sebanyak 'masalah' aku atau sape-sape kat laman sosial tu, aku harap yang terbaca tu dapat lah faedah kat bahagian pengajaran atau renungan atas kesalahan yang aku buat. Bukan pada jalan cerita tu.
Kalau cerita aku post gambar/tweet yang nampak macam hidup aku ni happy, niat aku hanyalah untuk merakamkan yang baik supaya bila aku atau anak-anak aku stumble upon my writings, when we look back one day, we only read the good and learn positive lessons only. To always remind ourself how far have we come, what things should we be grateful about and banyak lagi. And if i manage to inspire just 1 person to be better, Alhamdulillah. I couldn't ask for more.
Setiap seorang dari kita kat dunia ni, has our own struggle(s). Semua orang ada masalah. Not everybody that looks ok, are really ok. And if they really are, you must remember they are not, all the time happy. Semua orang ada ujian masing-masing. We are unique and our test also custom made.
Ada orang hidup mewah tapi siapa tahu dia lonely?
Sebab baru bercerai dengan isteri,
lepas tu dah berbulan tak jumpa anak yang disayangi,
Rindu sangat-sangat tapi ex-wife degil tak bagi.
Ada orang ada anak isteri dan keluarga yang penyayang,
tapi tetiba pulak kerja tetap hilang,
terus stress nak cari sumber pendapatan kumpul wang.
Ada orang ada keluarga baik-baik,
hidup mewah suami isteri sama-sama cantik,
tapi kesihatan teruk hospital kena turun naik,
jumpa pakar dapat list 1001 makanan dia takleh ambik.
Ada tu kerja nampak glamour, company sendiri,
kawan-kawan kata "mesti puluhan ribu tu gaji!"
padahal job bukan masuk setiap hari,
dah tu bill Client mintak bayar instalment 3 kali,
anak-anak kena urus tanpa orang gaji,
sebab cari maid tak jumpa-jumpa lagi,
stress sebab uruskan anak-anak sorang diri,
sebab suami jauh jarang jumpa macam kerja kat oversea
Ada suami isteri loving, career sama-sama ke kemuncak,
Hidup mewah, sihat wal-afiat tapi takde anak,
dah kawin 12 tahun kadang-kadang rasa sakit otak,
Sebab mak pak dan mertua asyik tanya "mana cucu ni? kiteorang nak!"
Ada yang bercinta, dah lima tahu bersatu,
Suami isteri subur, anak 5 orang, setahun keluar satu,
lepas tu suami pening kepala fikiran buntu,
sebab tak reti urus kewangan anak dahla ramai camtu.
Tapi ada juga yang bujang, belum berkeluarga,
tak payah fikir masalah anak isteri tapi takde kerja,
duduk merempat, tempat tinggal tetap tak ada,
Makan minum harap kat orang, harap sedara mara
Tetiba rhyme dalam bahasa melayu.
Ada ke orang macam description yang last tu? Ada.
Kat Malaysia lagi. Memang ada. Apatah lagi kalau tengok satu dunia. Ada lagi yang teruk dari kita. Yang kebulur tak makan. Yang tak boleh sembahyang kat masjid dan takut-takut nak sembahyang kat rumah sebab bebila masa je kena bom, ahli kelurga semua dah arwah tinggal dia sorang je yang survive tapi buta.
Cuba kita tengok masalah dan ujian orang lain kat dunia ni maka kita akan rasa kecik nya masalah kita.
No matter how bad we feel our life situation is, there will always be someone worse. If only we keep learning to be content. To be grateful. Senang je cakap tapi aku sendiri selalu lupa. Ada je yang kita rasa tak cukup dan susah.
Kita boleh gembira selalu, tapi kita tak akan sentiasa gembira. Kita boleh sedih kadang-kadang, tapi kita tak akan sentiasa bersedih. Kalau kau rasa kau sentiasa gembira tak pernah sedih atau susah hati pun, isyhh..jaga-jaga lah beb. Kau kena jumpa Doktor tu. Sebab kalau kau rasa kau banyak masalah, kau susah nak berubah jadi baik, kau sedih, tahniah. Sebab kau masih 'Hidup' dan waras.
Mana ada orang yang sentiasa happy sentiasa bahagia kat dunia ni? Macam aku cakap kat post NI .. semua kat dunia ni tak kekal. Macam tu jugak dengan kegembiraan. Cuma aku percaya orang yang selalu happy tu adalah orang yang belajar untuk happy. Selalu bersyukur. Berterima kasih pada Tuhan, pada orang-orang sekeliling. Dan orang yang suka memberi instead of menerima atau meminta.
Aku tak tau orang lain, tapi aku pun struggle nak jadi baik. Nak berubah jadi lebih maju. Dalam semua aspek hidup. Dan kita tak boleh buat semua tu tanpa bantuan Allah s.w.t.
Aku bukan baik cuma aku sentiasa cuba nak jadi baik. Yang Tuhan suka.
Aku langsung bukan alim. Mungkin aku suka sebut pasal Allah sebab aku tengah belajar nak jadi orang yang lebih bersyukur. Dan aku mengharapkan pertolongan DIA sebab dia je yang boleh bagi aku keupayaan untuk berubah dan bertambah baik dalam apa pun.
Salah satu cara untuk kita happy dan kurangkan struggle untuk buang stress dalam hidup ni ialah bersyukur untuk apa yang kita ada sekarang tapi jangan putus asa untuk kejar hidup yang lebih baik.
Aku selalu berdoa semua orang akan dapat bantuan dan hidayah dariNYA. Especially diri aku sendiri. Aku banyak salah dan dosa. Cuma Allah yang tutup aib aku. Dan dia juga yang tolong dan ada pada aku saat aku susah senang. Aku berdoa Allah permudahkan semua urusan dan hidup aku, keluarga aku, kawan-kawan aku dan semua yang minta tolong dari DIA.
Kita semua struggle kat dunia.
Tempat kita happy dan berehat cuma kat SANA tu je.
Tempat yang mahal yang namanya Syurga.
Minta tolong pada DIA sebab dia TAKKAN hampakan kita.
LS