Showing posts with label ibu & sufi. Show all posts
Showing posts with label ibu & sufi. Show all posts

Monday, 19 September 2016

Rutin baru sebelum buah hati ku tidur

We have this pre-sleep routine every night since she can speak. So by now Sufi know by heart what to do and recites before sleep. It's a matter of time for Sara to follow along :)

Lepas minum susu, gosok gigi and then she'll go to pee. Then drink a glass of plain water and finally recites these Surah/Doa sebelum baring tidur:-
1- ayatul Qursi
2- Al-Kafirun
3- Al-ikhlas
4- Al-Falaq
5- Al-Nas
6- Al-Fatihah
7- Doa nak tidur
8- Syahadah (mengucap) dan maknanya
9- Salawat x 3 times
7- the 7 Bismillah
and then she'll salam us ibu ayah and minta maaf from us if there's any wrong thing she did that day and we also apologize to her if there's any way we taught her that hurt her feelings. Finally we'll give her big tight hug + kisses and tell her we love her so much and how amazing she is to us before she sleeps.
Bukan senang nak get her to always tag along doing that thing we called "adab tidur". Orang tua pun kadang malas nak baca those on the list and rather terus berdengkur, inikan pulak kanak-kanak. So there were times we try to understand and tolerate when she's really tired like nak angkat mata pun tak larat so she'll just baca doa sebelum tidur tu and mengucap. Sometimes she gets to Salawat before doze off. I really want her to understand the reason we're doing it, the benefits and i want her to love doing it. Like it's gonna be a routine coming from her heart. InsyaAllah.

Recently secara tak sengaja i watched this Robin Sharma's YouTube video. Then i fell in love with his ideas and teaching. Later on, I've watched his podcasts as well. So antara idea-ideanya yang sangat menginspirasikan tu, dia ada sembang pasal tips macamana nak besarkan anak-anak yang hebat dan turut berkongsi script yang "dimantrakan" dengan anak-anak beliau setiap malam in bedtime iaitu
1- whatever you do, do it well
2- whatever you want to be, be it 
3- Never give up
4- Always remember how much Daddy loves you
I know how important the seeds of words that we plant into our children's ears (mind) waktu diaorang nak tidur. Even bila mereka dalam keadaan mengantuk pun bagus kita sebut dan doa yang baik-baik sebab ianya akan masuk ke subconscious mind mereka.

Jadi malam ni aku dah tambah rutin baru sebelum tidur dengan Sufi setelah terinspirasi oleh podcast Robin Sharma tu. Skrip tu aku ubah sikit but no less beneficial:
1- Sentiasa ingat yang Allah ada dengan kita, nampak apa kita buat dan sayang kita.
2- Apa pun yang kita buat, buat dengan sungguh-sungguh.
3- Apa sahaja yang kita nak jadi atau capai asalkan perkara baik, kita mesti boleh jadi dan dapat.
4- Jangan putus asa.
5- Sentiasa ingat yang ibu dan ayah sayang sangat-sangat kat Sufi.
Then after that ajak dia ingat + sebut apa 3 perkara best hari ni yang buat dia happy dan berterima kasih kat Allah. Nak tanam habit sentiasa bersyukur.

Mesti hasilnya baik kalau dapat tanam skrip kat atas ni kat hati dan dalam diri dia dan buat dia pegang perkara tu sampai bila-bila. Ameen..

Now dia dah tidur nyenyak. Sara pun sama.
And during moment like this memang perasaan dalam hati tu bercampur time tengok muka diaorang yang tengah nyenyak tidur. Muka yang suci tanpa dosa. Muka kepenatan lepas "kembara-kembara kecil" diaorang waktu siang. Rasa sayang sangat-sangat kat anak-anak ni. Rasa bersyukur bertuah ada anak-anak kat sebelah kita. Kalau siang tu ada marah dia, mulalah rasa macam kesiannyaaa lah kat dia kena marah tadi. Lepas tu rasa nak kerja kuat lagi untuk bahagiakan diaorang. Tak nak bagi diaorang sedih, sakit atau susah. Itu memang perasaan semua mak-mak yang tenung-tenung muka anak dia time anak dia tidur kan?
Yang petah & bijak bombarding us with her "why, what, how' questions and now mostly 'can i?'

Tuesday, 24 March 2015

We are hoping...

Ni perbualan ibu anak semasa dalam perjalanan pulang menjemput anak balik dari pre-school

Me : Ibu ingat nak pergi klinik la.. Sufi temankan ibu nak?
Her: Nak! Kenapa? Ibu nak cek ada baby ke tak eh?
Me : Ha'ah.. Tapi..macam malas... nak tunggu nanti-nanti pun ada. Emm.. Kita cek esok-esok pun boleh
Her: Alaa..tanak tanak. Kita cek hari ni je lah?
Me :Kenapa? Sufi tak sabar nak tau eh ibu dah ada baby ke belum?
Her: Hmm"*angguk-angguk*
Me : Ibu pun tak sabar sebenarnya. Ada ke..takde ni, Kalau dah tau ada, kan senang sikit. Boleh tau kena jaga-jaga, nak makan makanan yang sihat-sihat..
Her: Ha'ah Sufi pun boleh tolong jaga adik nanti.. Ibu, nanti ibu kena pantang dulu kan?
Me : Eh, mana ada? Pantang tu bukan lepas tau ada baby dalam perut. Pantang tu lepas baby dah keluar la Sayang. Kan masa tu ibu nak kena rehat, ibu kan ada luka keluarkan baby..
Her: Oooo....
Me : Masa pantang, ibu tak boleh carry sayang tau? (Yes i still dukung her sometimes at her 5 yrs-a6 kg weight ;))
Her: Ha? Kenape...? Alaaa..siapa yang nak carry Sufi nanti?*muka sedih*
Me : La..kalau camtu macamana nak ada adik? nanti ibu nak re..
Her: Ok-Ok! Oklah! Sufi berdikarilah! Sufi berdikari. Eh?

Cepat-cepat dia potong cakap ibu dia, belum habis membebel nak bagitau dia kena sedia bagi Ibu berehat sekejap kalau ibu bersalin lagi.



Excited sangat Si Sayang nak adik. Actually in the end we didn't even go to see doctor. I manage to persuade her that i will do the test at home on my own.

Kat rumah pulak, ayat pressure dia berbentuk lain..
"Ibu, boleh tak ibu pregnant cepat sikit?"

Hahaha.. anak..anak. 
Masih belum tau result although i've missed my period for almost a week already. And the fact that i am ALWAYS punctual having my period makes my hope skyrocket. Tapi we'll see how lah nanti.

InsyaAllah ada kalau dengan izin Allah.

Sufi memang really excited. All of her plans and stories sekarang ni sikit-sikit mesti dah terselit bab dia dan her 'adik'. *sigh*
Pity pun ada. She's been asking for 2 years. We just decided to agree for it very recent. So we will be the most blessed if it's positive in instant.

By Allah's will. We are hoping. :)