Baru-baru ni aku bukak satu akaun FB. Sebabnya nak create page perniagaan untuk firm aku. Actually aku dah ada satu lagi akaun FB yang dikongsi dengan encik suami. So yang ni memang aku buka untuk administer a business page.
Oleh sebab akaun FB tersebut digunakan untuk perniagaan maka aku pun letak lah kat bahagian tarikh lahir, tarikh perniagaan dibuka which is in November 2014. So technically last few days the business just reach 2nd year, Alhamdulillah.
Happy Birthday LILY & CO. :)
Tapi disebabkan maklumat tersebut, tak pasal-pasal pulak ramai yang wish "Happy birthday" kat aku. Kat Fb tak ramai sangat tapi kat group-group whatsapp tu yang haru tu. Tetiba ada dua birthday setahun. Mana yang wish dalam group tu, dapat lah aku explain sekali je then semua nampak. Tapi yang hantar message individu tu memang tak sempat nak review satu-satu.
Intan siap cakap aku ni 'misrep' (misrepresentation)- it's a legal term dimana kita sengaja memberi maklumat/perbuatan yang salah untuk tujuan sengaja membuat orang yang terima maklumat tu, salah faham atau buat tindakan yang salah, disebabkan oleh maklumat kita tu.
Tetiba dituduh misrep.
Memang tak terfikir pun disebabkan aku letak info sedemikian, untuk dapatkan birthday wishes berganda. Anyhow, i appreciate those kind words and prayers from those yang innocently relied on FB notifications. With that also, clearly shows siapa yang memang ingat birthday aku tanpa perlu FB reminder. Actually Faslin la yang pepagi dah tanya kat whatsapp apsal ramai orang wish birthday kat wall aku? Aku pun tak sedar masa tu. Hanya buka when i wanted to post something about work and office's blog post.
Sorry kawan-kawan. The birth date is not mine but my company. Nevertheless, may Allah grant the good things you prayed and wished for me as well. Ameen..
No comments:
Post a Comment