Friday, 4 November 2016

YANG MENYAKITI DAN DISAKITI- IT'S YOU, NOT THEM

Dulu masa kita tengah gembira, tersenyum, bahagia, kita lalui selalunya tanpa terfikir yang semua tu akan hilang. Hakikatnya, hari ni bila kita sedih, kecewa, sakit & susah hati, kita kena ingat yang semua ni juga akan berlalu.

Kebahagiaan datang dan Pergi. Kesedihan yang datang juga akan pergi dan berganti dengan kebahagiaan yang lain selepas kita berjaya harungi ujian kesedihan ni.

Bila kita happy, beringat yang kita akan diuji dengan sedih tak lama lagi. Bila kita sedih pulak, jangan putus asa sebab tak lama lagi mesti kita akan gembira. Masa kita tengah sedih, biasanya kita takkan nampak kat mana jalan nak bahagia. Kat mana gembira tu kalau kita tengah sengsara ni? Betul kan? Memang tu yang selalu kita rasa. Ada masanya bila diuji dengan kesusahan, rasa macam tak nampak jalan keluar, tertanya kat mana kebaikan di sebalik semua ni? Masa tu memang kita susah nak nampak.

Tapi days after that, months after or maybe we took longer.. in years maybe? We looked back at our life and that's when we say..
"oh patutlah jadi macam tu, sebab Allah nak aku end up kat sini/jadi macam ni"
Or we'll say "I'm so glad that it happens because if not, i will be more lost"
"Syukur Allah buat aku susah time tu kalau tak, aku takkan sedar apa yang aku buat tu, salah"

BUT, BUT IF.. after things past, ujian berlalu, kita masih tak boleh terima kenapa kita diuji dengan kegembiraan yang sementara, atau kalau kita masih menyalahkan keadaan, semua orang lain (kecuali diri kita) sebagai penyebab kita tak gembira, we should ask ourself that whether sebenarnya kita rasa tak puas hati pada Allah? Sebab dia lah yang arrange suka duka dan turun naik hidup kita. Konon kita rasa orang lain yang penuh dosa pada kita. Orang tu yang jahat. Orang tu yang buat kita menderita. Kita hanya mangsa yang takde salah apa-apa kecuali some 'innocent' errors in judgement. Yeah, right!

Look, if kita cakap kita redha, kita faham apa yang Allah tentukan adalah qada' dan qadar, that nothing is an accident in this world even if we call it accident, dan kalau kita kata kita percaya semua yang Allah izinkan berlaku tu adalah TERBAIK untuk kita, so kenapa kita tetap persoalkan..
"Kenapa semua tu jadi pada aku?"
"Kalau dia tak buat macam tu, mesti aku takkan sakit hati sampai sekarang/hidup aku lagi bahagia sekarang"
"My sad life is due to my best friend's betrayal 10 years ago / mertua yang tak memahami /  kucing peliharaan mati semalam/ suami yang menyakitkan hati this morning.. bla-bla.." Always about someone and something else except yourself.
Kenapa??

Selalunya kita macam pandai, kita kata kat diri sendiri
"Kalau la aku tak .......(something we feel regret of not doing)..... , mesti aku ....(something we imagine we should be/have)..." like that's for sure??
Contoh : "Kalau aku tak setuju duduk dengan mak mertua, dah tentu sekarang aku dah bahagia dengan suami aku kat rumah sendiri dan dah buat tujuh anak"
The thing is... you did whatever you did and Allah allowed your choice to happen. 
Our duty now is to accept but always to learn from the good and dismiss from the bad.

Setiap yang datang mesti akan pergi. Yang hidup akan mati. Tulah namanya hidup kat dunia. Kenangan dan masa, dua benda yang kita tak dapat beli dengan apa sekalipun. Untuk mengubat hati dan jadikan motivasi hidup, ingat selalu, tak ada apa yang kekal kecuali Allah. Semua kat dunia ni bersifat SEMENTARA. 

SEMUA. Termasuk rasa suka dan duka.

Tabah kan hati. Banyakkan berdoa. Cuba bersabar walaupun sabar tu susah. Cakap memang senang.

Kita sentiasa minta Allah permudahkan urusan kita & semoga kita dapat tempat yang paling mahal best gempak which is HEAVEN, tempat yang kita tak akan berpisah, sedih, takut dan sakit. But kenapa kita masih tak sedar doa je tak cukup? Berharap je tak cukup?

No comments:

Post a Comment