Monday, 19 December 2016

PENSAMIENTO

Pernah tak kau terfikir apa yang aku fikir? Bila orang cakap tentang sesuatu dan kau rasa macam nak jawab "BS" je kat dia?

Analogi.
Kau claim kau suka kehidupan  dan pemakanan yang sihat, badan yang fit, langsing tetapi cantik dan penuh keyakinan. Tapi setiap kali pergi kedai makan, kau order chicken chop (bukan grilled tapi deeeep fried) dan lain-lain side order dalam menu. Masakan melayu pulak kau suka makan nasi putih + nasi tambah dengan at least 4 jenis lauk berkarbohidrat turbo dan air sirap bandung ais krim soda. Senaman yang kau buat adalah berjalan dari meja kau ke mesin photostat kat pejabat dan kali terakhir kau berlari atau berpeluh sebab aktiviti fizikal adalah 24 bulan lepas ataupun mungkin lebih lama dari itu sebab kau memang tak sure. 
So.. bila kau asyik cakap kat member baik atau suami isteri kau yang kau orang yang cintakan Gym, healthy lifestyle dan tak lama lagi kau akan ikut jejak mak-mak yang fit macam marion caunter dan Jessica Alba, jangan lah marah kalau orang tak percaya.

Cara tu seolah-olah nak tunjukkan orang sekeliling tu bodoh. Ataupun, lebih jelas lagi.. nak menipu diri sendiri.

Kalau mulut selalu buat A tapi perbuatan menunjukkan B, janganlah marah kat orang kalau orang percaya yang kau buat B. Kalau marah kat diri sendiri tak pe jugak, tapi memanjang nak marah dan salahkan orang kat sekeliling.

Takde ubat ke untuk dia ni?

No comments:

Post a Comment