Monday, 19 December 2016

PENSAMIENTO

Pernah tak kau terfikir apa yang aku fikir? Bila orang cakap tentang sesuatu dan kau rasa macam nak jawab "BS" je kat dia?

Analogi.
Kau claim kau suka kehidupan  dan pemakanan yang sihat, badan yang fit, langsing tetapi cantik dan penuh keyakinan. Tapi setiap kali pergi kedai makan, kau order chicken chop (bukan grilled tapi deeeep fried) dan lain-lain side order dalam menu. Masakan melayu pulak kau suka makan nasi putih + nasi tambah dengan at least 4 jenis lauk berkarbohidrat turbo dan air sirap bandung ais krim soda. Senaman yang kau buat adalah berjalan dari meja kau ke mesin photostat kat pejabat dan kali terakhir kau berlari atau berpeluh sebab aktiviti fizikal adalah 24 bulan lepas ataupun mungkin lebih lama dari itu sebab kau memang tak sure. 
So.. bila kau asyik cakap kat member baik atau suami isteri kau yang kau orang yang cintakan Gym, healthy lifestyle dan tak lama lagi kau akan ikut jejak mak-mak yang fit macam marion caunter dan Jessica Alba, jangan lah marah kalau orang tak percaya.

Cara tu seolah-olah nak tunjukkan orang sekeliling tu bodoh. Ataupun, lebih jelas lagi.. nak menipu diri sendiri.

Kalau mulut selalu buat A tapi perbuatan menunjukkan B, janganlah marah kat orang kalau orang percaya yang kau buat B. Kalau marah kat diri sendiri tak pe jugak, tapi memanjang nak marah dan salahkan orang kat sekeliling.

Takde ubat ke untuk dia ni?

Saturday, 10 December 2016

Monolog

Kalau lah apa yang aku lakukan saat ini, aku buat kerana engkau, sebagaimana satu masa dulu, tentu aku tak kan diam macam ni.
Tapi demi kerana aku sungguh sungguh mengharapkan redha NYA..
aku pilih untuk diam.


Dan sebetul nya pun, bila dengan engkau, dan dalam situasi begini, tak ada yang lebih baik selain berdiam.

Aku Sentiasa mengharapkan kekuatan itu dipinjamkan Allah pada aku selama mungkin. Kerana kalau atas diri aku, rasanya aku sudah tidak berdaya.
Allah lebih tahu.

Aku berharap dengan kesabaran aku pada engkau, Allah lebih sabar dan menerima segala kekurangan dan kesilapan aku. Dan terus membantu aku, supaya aku dekat dengan dia.

Aku perlu kan Allah. Bukan engkau.

LS

SEARCH, AND YOU WILL FIND

Bila kita cari sebab untuk kita tak happy, kita akan jumpa. InsyaAllah tak susah nak jumpa sebab kita selalu nak macam-macam dalam dunia ni. Dunia yang sementara dan kita tau kita akan mati tapi still, rasa macam banyak sangat kita nak capai dalam hidup kat sini. Situasi ni especially untuk yang menaip ni la. Harapnya post ni lebih banyak menyedarkan dan memanfaatkan orang yang menulis daripada yang membaca.

Yelah, sebelum nak betul kan orang kena betul kan diri dulu kan? But in this case, actually aku harap lagi senang nak jadi baik bila ajak ramai orang buat perkara baik.
sebelum tidur ni nak review hari ni dan belajar bersyukur.

Sebab kalau aku nak renungkan kelam kabut hari ni sebab takde orang nak jaga Sara, lepas tu kena batalkan appointment dengan client dan ibu pulak tetiba tak sihat, apa yang akan aku dapat? Husband pulak balik bukan malam tadi but tomorrow. What happened has happened. Semua tu di luar kawalan aku pun.

Jadi yang boleh aku buat is pilih nak fikir kat apa and be grateful for positive things so I will attract more positivity towards myself.

Walaupun tetiba takde orang jaga Sara, aku dapat jaga dia sendiri Sambil contact2 Zafira untuk remind dan review kerja-kerja kat Ofis, sebab aku bekerja sendiri dan pejabat pun dekat. Alhamdulillah.

Walaupun ibu tetiba sakit dan merisaukan, tapi aku dapat peluang jaga dia dan dia bukan sakit masa dia sensorang kat rumah ni. Tak sihat tu pun satu jalan Allah bagi supaya dia kena jugak rehat dan masa ni lah nak manja-manja dengan anak perempuan sendiri. Kalau tak, keje nak maaaaasak je mak aku ni. Then petang tadi dia dah ok. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Walaupun kena batalkan appointment, the client is very understanding. Memula fikir, rugi tak? Sebab let go job yang nak bawak income masuk. And then aku fikir-fikir, dah kalau Allah susun macam tu maknanya tu lah yang terbaik. Meaning i wasn't supposed to have that meeting today at the first place. HE knows best for me. Alhamdulillah.

Husband not here tonight but for that, i manage to cook Special for him bila dia sampai je esok! And also spent time with my children. Adik tidur dekat pukul 10 jugak lepas ditepuk ibu dia ni. Then buat project Ice cream popsicle and ice cream Malaysia dengan kakak. Suka nya Sufi bila buat home project time cuti dengan ibu.

I have so many blessings to look into. Aku percaya kita semua ada perkara yang kita boleh rasa bersyukur dan buat kita gembira.

Kita cuma perlu CARI je. Kita akan jumpa.

LS