Thursday, 19 May 2016

IBU-IBU

Bismillah..

Aku kagum dengan ibu-ibu bekerjaya 8 to 5 yang masih dapat sediakan makan minum bekal suami dan anak-anak ke sekolah ke tempat kerja. Ada ke? Macam Intan kawan sekolah rendah tu, nampak kat Instagram dia. Macam Lia, isteri Aman. Ibu cerita rajin masak pepagi untuk makan sama-sama dan bekal kan suami. Kagum.

Aku? Huhu.. takde kesempatan untuk itu. Lebih kepada takde kudrat sebenarnya. Bangun subuh dengan mata macam ada gam UHU lagi.. dapat sediakan sarapan untuk Sufi once in a while pun dah syukur. Selebihnya.. nenek dia lah yang rajin masak nasi goreng la cekodok la roti goreng la.. Kalau ibu Sufi ni?? koko crunch atau rolled oat je lah anakku. Atau style ibu, Herbalife shake je la daily. Nasib baik Sufi suka. Cuma dia demand sikit.. nak blend dengan ice cube, nak strawberry nak letak yogurt.. itu ini, penyudahnya, agak leceh juga. That's why la aku kata, dapat sediakan sarapan dia dah kira champion la kita. Mana nak attend Sara nya lagi, nak loading barang kat kereta lagi, sebelum keluar rumah lagi sekali bf Sara make sure she doesn't get hungry in the journey.. Jadi mungkin juga satu rahmat yang aku sekarang takde keperluan untuk masakkan bekal suami ke tempat kerja setiap hari sebab dia tiada di sini. Mungkin kalau dia ada, aku struggle juga nak bancuh nescafe setiap pagi. Ampun Bang.. ;) I mean i will struggle to bancuh Nescafe yang sedap. Bukan struggle susah nak buatkan air. Hehe..

Nasi Goreng Kunyit Daging
(Gambar throwback sesaje untuk buat orang lapar)

Aku pun kagum dengan working mom that could keep up with the fashion and fashionably attend their kids. Like dalam instagram dukung anak kecik, lepas tu sebelah tangan pimpin 2 anak besar, dengan high heels and shawl lilit-lilit lip lap and status dia be like "penat berjalan seharian shopping but when kids are happy, mommy also happy". Seriously? You don't look tired woman. Nampak baru siap2 nak keluar rumah coz semua cantik terletak and bergaya. Macam RCW, macam erra fazirra macam kawan aku Aisyah..

If it's me? Flat shoe tu dah kira ok la tu dari flip flop kot. And my saviour will be tudung bawal, my all time favourite. Ber'shawl' gaya muslimah di runaway mungkin la dapat sesekali kalau ke pejabat atau meeting tanpa anak-anak. Tapi kalau dengan si comel di kiri kanan ku, i won't be as terurus as them hot mamah. Like realistically, Sara will pull my tudung or spill her saliva on it. Comel kan? Sufi pulak kalau berjalan still nak ibu ada and nak makan nak minum semua nak ibu bukak kan or teman. I don't have 'me' time when i'm with them.

And wow! to those yang so discipline dapat berblogging. Boleh baca post dia setiap minggu macam pretty mom si Vivy Yusof yang turut bekerjaya. Bila diaorang ada masa nak menulis semua ni? Waktu malam ke? Bukan time anak-anak tidur tu masa untuk curi-curi rehat juga ke? Sambil lipat kain? Sambil gosok baju? Sambil pam susu? Sambil cek buku kerja rumah anak-anak? And sambil packing beg sekolah anak / baju anak untuk baby sitter? Layan suami? Bedtime story untuk anak? Ishh bila dieorang ada masa menulis ni?? I'm writing this post actually when my client didn't turn up. I can't schedule my writing. I just can't.

And what's up with ibu beranak 2, 3, 5 dan even 6 yang masih kelihatan seperti anak dara tu?!! Aku stress kalau cakap pasal ni. Semua orang tau kot aku takut gemuk? Tapi bila anak dah dua ni macam nak mula belajar pasrah. Oh No. Belum la kot.. belum mengalah. Cuma dah lama menangguhkan diri untuk mengamalkan senaman hari-hari. Bila masa nya nak bersenam sambil menari? Camne nak angkat badan kalau kelopak mata pun selalu berat nak angkat? Sara masih bangun 3 kali or more setiap malam untuk menyusu. So my azam untuk bangun sebelum pukul 5 nak subuh awal dan bersenam kat hall memang selalu terkubur. Bangun pun dah kelam kabut kejar subuh pastu dah kena kejut and attend si kakak bersiap nak ke kindie. So there's my "esok je la exercise" excuse. Dapat seminggu sekali tu kira kejayaan la. Lagipun cuaca sekarang panas sangat. Jadi salah aku ke kalau aku cuma nak swimming je. Tapi kena la tunggu ada kolam renang kat rumah ni? Haih! nampak tak alasan bertingkat-tingkat kat situ?

Rasanya ramai yang tau baru-baru ni tengah boom program Tahfiz Muda kat Astro Oasis and Maya HD. Sampai Sufi pun berangan nak jadi Hafizah. Sedihnya dengar angan-angan dia yang suci tu. Sebagai ibu, aku selalu doakan yang terbaik dan semestinya aku bangga dengar cita-cita dia. Tapi tak dapat tahan sayu bila tengok rancangan tu. Mungkin orang lain sebak tengok anak-anak kecil dan hafaz Al-Quran dan mengalunkannya lagi merdu dari kita orang dewasa. Tapi aku sayu sebab kagum dengan ibu kepada para tahfiz muda tu. Yelah kalau anak dah sehebat tu, dah tentu lah ibu dia tu pun orang yang hebat & baik. Aku kagum pada dieorang. Pada ibu-ibu yang didik anak seawal bayi untuk kenal Pencipta kita, kena Rasul dan sayangkan Al-Quran. Bukan setakat tau je tau, tapi like really love love their Rasulullah and always relate whatever they do to please Allah. Apatah lagi yang ajar anak menghargai ibu ayah. Macam Ayu dengan anak-anak dia. Macam Kak Wardina. Malu pulak pada diri sendiri. Sebab masih ketinggalan bab ni. Jauh lagi..

Dalam susana sibuk orang meraikan hari ibu, aku berfikir, sejauh mana aku akan diraikan oleh anak- anak ku. Aku kagum dengan ibu-ibu di sekeliling aku. Rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak kesayangan.Tapi tak sepatutnya aku bersedih dengan kekurangan sebagai seorang manusia. Sebab yang terlalu kenal dengan keburukan dan kekurangan diri, masih lagi meminjamkan aku dua orang manusia yang aku panggil anak. Dia yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Sayangnya Dia pada aku ni. Jadi tak mungkin Allah pinjamkan anak-anak kesayangan aku ni atas sebab sia-sia. Mesti untuk tengok kita jadi labih baik setiap hari.



Semoga Allah membantu aku dan kita semua ibu untuk sentiasa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita. Mendapat kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak untuk jadi manusia yang bermanfaat & disayangi penciptanya.

Dan semoga Allah merahmati ibu yang membesarkan aku dan masih bersama membantu aku mendidik anak-anak ku. Sebagaimana dia menyayangiku aku tahu pasti Allah sangat sayangkan perempuan yang terlalu sabar dan baik itu. Ya Allah, syurga lah tempat ibu ku nanti. Jadikanlah aku anak yang sentiasa berbakti dan mengenang jasa ibu bapa, sebagaimana doaku untuk anak-anak aku nanti. Ameen..

LS

Thursday, 21 January 2016

44, 60, 100

What's with the numbers? It's actually countdowns to my pantang day.

I religiously stick to my pantang dos and donts during my time with Sufi. But now after Sara, i realised those excuses i heard from other mommies makes sense. It's not really excuse but we're just.. let me just say we're more occupied. Bukan malas ok?

Yelah imagine je la..dulu anak sorang. You can curi ikat bengkung when your newborn's sleeping. Your mom get ready all those jamu and confinement food for you and you took ALL coz you still have no idea what are this and that really for and whether it really works. But the second time around or thereafter.. how to take care of yourself explicitly if your firstborn sikit-sikit "ibu nak ni.." "ibu nak tu.." and there your little baby crying and then you need to pump your milk for stocks.. so there goes your strict pantang. And then you know la this food and that jamu kalau tak makan pun tak de lah effect sangat.

Dapat pakai bengkung 44 hari and then makan jamu tu kira Alhamdulillah la. 
I didn't really do the bertungku and bertangas that much.

I Think it still ok to congratulate myself though coz despite all the temptation and the laziness busyness , i stick to the healthy diet, berbengkung and eating all the supplement for 44 days. After that 44 days, i just wear corset and continue simple diet because Sara working has kept me busier than ever. 

I started my work immediately after 44 days as i promised my husband. Kalau ikutkan hati nak masuk office lepas 30 hari coz it felt too long already and i worried for work that piling up. I know my husband means well to ask me to really rest (by resting he means duduk rehat makan tido jaga diri jaga baby indoor sahaja) but..work is waiting for me, Client juga dah mula whatsapp nak buat appointment. Online discussion is always not enough for them and i agree with that.

Now i have yet to reach my 60th day of Pantang. My midwife says if i can stick to wear the bengkung or the corset for 60 days, it will be great for my booty body ;). Ok so i'm working on it.

"Dah slim la balik, puan" my staff responded when i told her "saya dah sihat cuma belum kurus balik"

"Wah! dah slim,,!" kata ramai nurse kat Hospital masa bawak Sara check up lepas sebulan.

"Amboi kurusnya.." kata one of my client  when she came to my office last week.'

hahahaha sounds so soothing. Ok lah made me happy a bit tapi i'm still far from my target. Those nurses, my staff and my client, they didn't know me back in 2013. So they don't see how i was and understand what 'slim' actually is to me.

And what's with that 100 days of pantang?
That one i have to salute my hubby. Not just my outer but he take my inner health so seriously.

I would love to write longer but mommy-work is calling. Gotta go.



Sunday, 27 December 2015

My Firstborn

Our Sufi Liyana.
She's turning 6 yrs next year. Tak tau la ni semua memang rasa yang dialami semua ibu-ibu yang akan menambah anak kedua, atau it's just me?

Sebelum Sara lahir, memang rasa sayu selalu tengok Sufi. Towards the end of pregnancy lagi la.. was thinking whether I can love her as much as that time when new baby arrived? How will I divide my attention? How will I distribute my time for her and her new little sister? So obvious rasa sayang yang menebal kat Sufi time tu. Especially because her father's away so we spent most days together. We did a lot of things together, just the two of us- mother and daughter.
And being the only child memang dia sangat manja. But she also very sweet girl yang pandai sangat ambil hati ibu ayah. Always make us at ease.. happy and content with her attitude and character. And the fact that she was so close with me..We never even sleep apart for just one night. I told her in advance what to expect when her sister arrived.
"Sufi dah tak boleh request ibu suap sufi makan selalu. Sufi dah besar. Kena berdikari. Makan sendiri macam kat sekolah." - yes dah besar camtu pun selalu request ibu suap dia makan. When I'm not working, layan kan aje. When asked kenapa tanak makan sendiri? She said sebab nak manja-manja dengan ibu.
"Nanti ibu kena dulu kan adik. Kalau Sufi ajak ibu main-main dengan Sufi, mungkin ibu tak sempat masa tu sebab adik tengah menangis ke.. nak susu ke.. nak kena tukar pampers ke.. Sufi kena mengalah ye? Sufi kakak yang baik, Sufi pandai sabar tapi adik baby lagi adik tak tau apa-apa jadi kalau adik menangis ibu kena attend adik cepat-cepat time tu jugak. Faham tak Sayang? " selalu dia akan angguk-angguk.  Lebih selalu lagi dia akan cakap hmm..ok and terus membebel tokok tambah and ulang balik semua yang kita inform dia. Dengan confident kata dia akan tolong ibu jaga adik.
I also tried to set her mind to be ready during my confinement that she will have to be with her father most of the time.
"Kalau nak apa-apa Sufi ajak ayah.. mintak ayah ye. Ibu tak sihat nanti dalam pantang ibu kena banyak rehat. Banyak duduk dengan adik je. Tapi bukan ibu tak sayang Sufi tau? Cuma ibu kena rehat sampai ibu sihat balik, baru boleh main-main dengan Sufi. Nanti mungkin jugak ibu kena tidur kat hospital tapi sekejap je ibu dah balik. Sayang tidur dengan ayah ye?"
Part bermalam kat hospital tu mesti dia akan menangis. Cakap tak nak ibu tidur hospital. Siapa nak tidur dengan dia? Ok ayah ada tapi dia mesti nak ibu juga ada. Haih memang susah sikit nak explain part tu. Kami tak pernah berenggang. Even I myself feel hard to imagine that moment apart from her. That's why selalu remind Sufi sama-sama berdoa supaya I get to deliver my baby normal (vb) and that me and baby are well so kiteorang akan discharge awal balik rumah. And Alhamdulillah dimakbulkan Allah. I just spent one night at the hospital.

When I went to the labour unit untuk cek dilation sebab sakit 8 minutes apart, Sufi masih nyenyak tidur. Sebelum subuh dah sampai hospital. And I phoned her at 9 am after I have been told to "check in" ke ward.
"Ibu, adik dah keluar ke?"
"Belum lagi la sayang. Kalau dah keluar ibu tak call camni. Mesti ayah yang bagitau. Ibu kat hospital ni.."
"Ibu, ibu tengah meneran ke?"
Hahaha.. I was laughing first and when I replied few moms around me also smile sebab dengar jawapan kat soalan Sufi tu..
"Tak lah. Kalau ibu tengah meneran mana boleh cakap telefon"
I told her that her sister will arrive soon and just to keep praying for us to be well and everything going smoothly.

Sufi, she's always be our baby. Buah hati ayah and ibu. Yang manja dan selalu sejukkan hati. Sentiasa happy and ceria. Garang sikit and kalau marah cepat cool balik. Pandai menjawab pandai juga tanya soalan-soalan hebat. Banyak cakap.. bijak dan selalu buat kiteorang tersenyap kalau dia komen pasal sesuatu isu tu. Kena hati-hati kalau nak nasihatkan dia atau ajar dia sebab kalau kita lupa dia akan nasihatkan kita balik. Yang rajin.. yang suka tolong ibu memasak..yang suka bersilat taekwando dengan ayah walaupun dia sangat girly suka bergaya melawa and berangan. Yang kena paksa untuk buat latihan sekolah..untuk mengaji tapi sebenarnya cepat menghafal dan cerdik. Yang selalu doa baik-baik untuk ibu ayah lepas solatnya.
Alahai Sufi.. betapa ayah dan ibu bertuah sangat dipinjamkan anak macam Sufi.
Bila Sara lahir terus my firstborn ni nampak dewasa sangat. Nampak kakak-kakak sangat. Mungkin sebab dah ada sorang baby in the same room, she looks grown up. I was emotional that 2-3 days lepas balik dari hospital senang sangat menangis bila tengok dia main sorang-sorang. Menitik air mata tak tau nak explain kenapa and apa yang dirasa. I told my husband when he asked, "maybe sebab selama ni kita dengan dia sorang je. Dia dapat semua attention kita.. everything I berdua je dengan dia.. lepas ni dah lain"
And being a soother he always is he said "semua yang berlaku sekarang ni kan perkara baik? Kita bukan akan abaikan dia. Kan dia pun nak adik..and dia happy sangat tu. Kita akan sayang dia tetap macam dulu"

Memang Sufi happy. And memang dia penyayang sangat. Syukur Alhamdulillah. Tak pernah jealous dengan adik. Adik nangis malam-malam dia bangun sebab kesian tengok adik, nak tolong ibu ayah jaga adik and always nak kiss hug adik sampai ibu ayah ngeri sebab dia belum pandai agak lagi nak peluk/pegang adik kuat macamana. She was full of love for her sister.
And we love her more since.
Kalau Sufi baca apa yang ibu tulis ni, ibu nak Sufi tahu dan ingat selalu, ibu dan ayah sentiasa sayang Sufi. Sayang sangat-sangat. Sufi istimewa. Sufi anak yang baik. Yang sentiasa buat ibu ayah bahagia. Dari hari pertama Sufi lahir, ibu dan ayah sentiasa bangga dan hargai Sufi. Kami jadi lebih baik dengan adanya Sufi dalam hidup kami. Sebab Allah bagi anak yang hebat macam Sufi untuk ibu ayah belajar jadi ibu ayah yang hebat juga. Jadilah diri Sufi Selamanya dan hamba Allah yang bertakwa. Sebab diri Sufi cukup istimewa pada ibu, ayah dan adik Sara.
Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam Sufi lahir dari rahim ibu. Yang comel gebu tu. Lagi setahun je dah nak masuk darjah satu. Dah besar dah anak ayah ibu.
My Firstborn, ibu will always always love you.